Saturday, March 27, 2010

Unifi @ HSBB - High Speed Broad Band by TM



Since HSBB dah officially launch by our PM so jumaat lepas aku gi ler TM Point Shah Alam to have a look what do TM provide for HSBB. First impression hmm umah aku akan jadi smart home. But smart home kat cyber ria cyberjaya pon cam harem hahah. So aku pon tanyer laa promoter tuh hmm off cuz laa promoter mesti semua barang bagus ada kualiti. Have a look on devices yang TM so called kata dekat RM1k tuh ehmm modem router pakai D-Link, Fiber conn module pakai China brand yang memang favourite kena sambor kilat other than that cordless phone yang nih untuk Voip.


Aku check out IPTV hmm boleh laa kena pakai tv HD baru gambo cun but kalo ade tv biasa pon bleh gak kire pakai avi laa. 22 Channel including international and national tv tang international boring siket x macam astro. My intention nak cut down astro and amik package nih. Tapi for RM 150 xde movie hahah super aku pasang anttena jerk tengok national tv. Movie nyer package ade dalam Video on Demand so be prepared laa nak kena subscribe kalo nak tgk movie. 8 mb digunakan untuk watch iptv. Nih depa kata hidden supprise laa.. kalo amik package 5mb so korang akan ditambah 8mb s0 totally 13mb. Naper x bagi load balancer skali hahaha leh shapekan bandwidth bile bukak tv jadi 5mb kalo x pakai tv jadi ler full 13mb sure bolehnyer.

On internet wise emm 5mb pon dah kire ok tapi ade restriction hmm 60gb monthly adussss supe aku pakai streamyx 4mb unlimited rega lebey kurang same jek. Nak torrent superb quality nyer series and movie pon payah hahaha.. Nih antara yang aku x gemor bile first time aku nampak kat brochure depa.

Next on the Voip emm 10 cent to the mobile phone and tm home user foc hmm ok arr tuh leh arr bersembang lame2 haha tepon kampong kaa tanya khabar.

Installation.. arr nih yang best.. suma tm tanggung. Siap aku tanyekan skali kalo cable kena potong tm ganti dak? hahah depa compem ganti and bare in mind dalam umah nanti ade laa satu cable fiber yang melintang hahah. Untuk umah apartment leh masuk lam riser tapi umah teres ke banglow ka hahah masak ler tm kena belanja hahah.. Fyi aku tanye promoter tuh semua gadget nak kena letak kat area tv ka.. emm dia kata kena letak hahhaha so kena laa korang sediakan tempat nak tgk tv yang strategic kalo leh paling jauh dari tiang tepon hahah panjang laa cable fiber optic yang depa nak kena lay down.


Over all so far for me congrats to TM kerana berjaya menaik taraf penduduk dengan teknologi baru. Actually i'm hopping that PM gonna announce package streamyx yang ade skrg tuh upgrade gi 2 mb with a minimum price of RM 50 - 88 ke.. so ramai laa orang nak subscribe hehe since HSBB pon ade area klang valley. Hmm for HSBB nih probably kalo include dengan movie would be more interesting lagi laa.. sure ramai nak pakai.


Poligami should I ?


hehehe... full stories tungguu... tapi berkat 3 jumaat alhamdulillah jumaat yang ketiga aku selamat diijab kabulkan dengan bini baru nih.

Thursday, March 25, 2010

2010 Earth Hour Event - Just switch off your lights for an hour!

Turn out your light, show support


In 2009 hundreds of millions of people around the world showed their support by turning off their lights for one hour.

Earth Hour 2010 will continue to be a global call to action to every individual, every business and every community. A call to stand up, to show leadership and be responsible for our future.

Pledge your support here and turn off your lights for one hour, Earth Hour, 8.30pm, Saturday 27th March 2010.

It’s Showtime! Show what can be done.


3 Steps to get involved


1. Join Earth Hour

Sign up now to become part of the Earth Hour movement, add yourself to the map and receive email updates with all the latest Earth Hour news.

2. Show your support

Whether you are an individual a business a school or a city you can show your support by turning off your lights for Earth Hour, 8.30PM Saturday 27 March 2010.Check out the other ways that you can show your support.

3. Spread the word

Get the word out about Earth Hour by working your social network for the planet. Add an Earth Hour banner to your blog, tag your tweets @earthhour or update your Facebook status to tell your friends that you’re supporting Earth Hour 2010.

source from: http://www.earthhour.org/

Simple je.. malam sabtu 27 March 2010 kul 8.30pm gi ler tutup lampu tuu jerk.. dok dalam gelap untuk sejam. Probably what u can do:

1- Candle light dinner ngan wife, or aweks heheh.. sejam tuh hehe feel the romantic moments.
2- Light up candle and chit chat
3- Count the number houses and buildings that join this moments.
4- play games on your hand phone.
5- Go to sleep hehe.

Enjoy!

Missing In Action

emm lama dah aku x update blog nih.. been so bz lately and so much things that i'm gonna share here! emm kena tunggu posting2 menariks dari aku heheh in a month of march nih. well gonna karang every moments to be post here! tungguuu...

Friday, March 05, 2010

Tazkirah: Ku Bimbang Tiada Lagi

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, nak di kongsikan satu cerita yang sudah hampir tiga kali diceritakan oleh Sheikh Omer El-Hamdoon yakni kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab.

Pada suatu hari, datang dua orang remaja membawa seorang lelaki untuk dihadapkan kepada Saidina Umar. Dua remaja itu memberitahu Saidina Umar bahawa lelaki yang mereka bawa itu adalah pembunuh ayah mereka. Kemudian Saidina Umar bertanya kepada lelaki tentang kebenaran cerita tersebut. Lelaki mengaku membunuh ayah kedua remaja itu. Insiden yang berlaku ialah lelaki itu menegah ayah remaja itu daripada masuk ke dalam kebunnya. Oleh kerana ayah remaja itu berdegil, lelaki marah dan melemparkan batu lantas terkena kepala ayah remaja itu dan mati.

Oleh kerana telah sahih tuduhan itu, maka hukuman terhadap lelaki itu akan dijatuhkan iaitu qisas, bunuh di balas bunuh. Tetapi lelaki itu telah meminta hukuman ditangguhkan setahun lagi kerana dia masih ada anak dan isteri yang perlu disara. Jadi tempoh setahun diminta supaya dia dapat melunasi masalah-masalah keluarganya dan berjanji akan datang semula tahun hadapan untuk dijatuhkan hukuman.

Lalu Saidina Umar meminta jaminan daripada lelaki itu kerana mungkin dalam tempoh setahun itu, dia akan melarikan diri dari hukuman itu. Oleh kerana pengadilan ini dilakukan didepan orang ramai, lelaki itu memerhatikan orang ramai buat seketika seperti mencari seseorang. Kemudian lelaki itu menunding ke arah Abu Zar dan berkata “dia yang akan menjadi penjamin ku”. Kemudian Abu Zar sedikit terkejut dan Abu zar menerima untuk menjadi penjamin kepada lelaki itu. Kemudian tempoh penangguhan diberikan kepada lelaki itu.

Setahun selepas kejadian itu, tibalah masa untuk hukuman dijatuhkan. Apabila semua telah berkumpul, lelaki yang perlu menerima hukuman tidak muncul-muncul. Kemudian Saidina Umar berkata kepada Abu Zar jika lelaki itu tidak datang sebelum senja, Abu Zar lah yang akan dihukum kerana dia adalah penjamin lelaki itu. Kemudian Abu Zar membalas “jika begitu kita tunggulah sehingga senja”.

Namun setelah begitu lama menunggu, lelaki tersebut masih belum datang. Hampir-hampir tiba masa untuk Abu Zar menerima hukuman, tiba-tiba lelaki itu datang juga untuk menerima hukuman.

Kemudian Saidiana Umar bertanya lelaki itu, “kenapa kau datang juga sedangkan kau punya peluang untuk melarikan diri daripada hukuman ini?”

Lelaki itu menjawab “Aku bimbang jika aku mungkir apa yang telah aku janjikan, orang akan menganggap tiada lagi orang yang berpegang pada janjinya dalam masyarakat”.

Kemudian Saidina Umar bertanya pula kepada Abu Zar mengapa dia sanggup menjadi penjamin bagi lelaki ini. Kerana mungkin lelaki ini akan melarikan diri dan dia pula yang akan menerima hukuman itu?

Abu Zar menjawab “Aku bimbang jika aku tidak menerima untuk menjadi penjamin, orang akan menganggap rasa saling mempercayai tidak wujud lagi dalam masyarakat”.

Selepas mendengar kedua-dua penjelasan itu, dua remaja memaafkan lelaki itu dan hukuman tidak jadi dilaksanakan. Kemudian Saidina Umar bertanya mengapa mereka memaafkan lelaki itu?

Remaja itu menjawab “Aku bimbang andainya kami tak maafkan lelaki ini, orang akan menganggap kemaafan tidak wujud lagi dalam masyarakat”.

Akhirnya tiada hukuman yang dijalankan. Kerana akhlak, keharmonian masyarakat dapat dikecapi.

Subhanallah.. Begitulah akhlak sahabat, nilai-nilai kemanusiaan diutamakan dalam kehidupan. Berlandaskan syariat Islam yang syumul, keharmonian dalam masyarakat dapat dikecapi.

Namun hari ini, manusia rosak kerana ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak, yang akhirnya manusia menjadi makhluk perosak yang sangat merbahaya. Akhlak yang rosak menjadikan manusia hilang rasa kepercayaan, sukar untuk memaafkan dan takut untuk berjanji. Dimana hilangnya nilai-nilai ini?

Tiadalah ubat yang lebih mujarab melainkan kembali kepada cara hidup Islam yang syumul. Kembalilah kepada fitrah insani yang sebenar-benarnya yakni Islam.

Semoga Allah berikan Hidayah-Nya kepada kita semua. Fii amaanillah.

Sekian.


Credit tol: Edan @ Tukang anto tazkirah kat opis pepagi jumaat

Check This out..