Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, March 05, 2010

Tazkirah: Ku Bimbang Tiada Lagi

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, nak di kongsikan satu cerita yang sudah hampir tiga kali diceritakan oleh Sheikh Omer El-Hamdoon yakni kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab.

Pada suatu hari, datang dua orang remaja membawa seorang lelaki untuk dihadapkan kepada Saidina Umar. Dua remaja itu memberitahu Saidina Umar bahawa lelaki yang mereka bawa itu adalah pembunuh ayah mereka. Kemudian Saidina Umar bertanya kepada lelaki tentang kebenaran cerita tersebut. Lelaki mengaku membunuh ayah kedua remaja itu. Insiden yang berlaku ialah lelaki itu menegah ayah remaja itu daripada masuk ke dalam kebunnya. Oleh kerana ayah remaja itu berdegil, lelaki marah dan melemparkan batu lantas terkena kepala ayah remaja itu dan mati.

Oleh kerana telah sahih tuduhan itu, maka hukuman terhadap lelaki itu akan dijatuhkan iaitu qisas, bunuh di balas bunuh. Tetapi lelaki itu telah meminta hukuman ditangguhkan setahun lagi kerana dia masih ada anak dan isteri yang perlu disara. Jadi tempoh setahun diminta supaya dia dapat melunasi masalah-masalah keluarganya dan berjanji akan datang semula tahun hadapan untuk dijatuhkan hukuman.

Lalu Saidina Umar meminta jaminan daripada lelaki itu kerana mungkin dalam tempoh setahun itu, dia akan melarikan diri dari hukuman itu. Oleh kerana pengadilan ini dilakukan didepan orang ramai, lelaki itu memerhatikan orang ramai buat seketika seperti mencari seseorang. Kemudian lelaki itu menunding ke arah Abu Zar dan berkata “dia yang akan menjadi penjamin ku”. Kemudian Abu Zar sedikit terkejut dan Abu zar menerima untuk menjadi penjamin kepada lelaki itu. Kemudian tempoh penangguhan diberikan kepada lelaki itu.

Setahun selepas kejadian itu, tibalah masa untuk hukuman dijatuhkan. Apabila semua telah berkumpul, lelaki yang perlu menerima hukuman tidak muncul-muncul. Kemudian Saidina Umar berkata kepada Abu Zar jika lelaki itu tidak datang sebelum senja, Abu Zar lah yang akan dihukum kerana dia adalah penjamin lelaki itu. Kemudian Abu Zar membalas “jika begitu kita tunggulah sehingga senja”.

Namun setelah begitu lama menunggu, lelaki tersebut masih belum datang. Hampir-hampir tiba masa untuk Abu Zar menerima hukuman, tiba-tiba lelaki itu datang juga untuk menerima hukuman.

Kemudian Saidiana Umar bertanya lelaki itu, “kenapa kau datang juga sedangkan kau punya peluang untuk melarikan diri daripada hukuman ini?”

Lelaki itu menjawab “Aku bimbang jika aku mungkir apa yang telah aku janjikan, orang akan menganggap tiada lagi orang yang berpegang pada janjinya dalam masyarakat”.

Kemudian Saidina Umar bertanya pula kepada Abu Zar mengapa dia sanggup menjadi penjamin bagi lelaki ini. Kerana mungkin lelaki ini akan melarikan diri dan dia pula yang akan menerima hukuman itu?

Abu Zar menjawab “Aku bimbang jika aku tidak menerima untuk menjadi penjamin, orang akan menganggap rasa saling mempercayai tidak wujud lagi dalam masyarakat”.

Selepas mendengar kedua-dua penjelasan itu, dua remaja memaafkan lelaki itu dan hukuman tidak jadi dilaksanakan. Kemudian Saidina Umar bertanya mengapa mereka memaafkan lelaki itu?

Remaja itu menjawab “Aku bimbang andainya kami tak maafkan lelaki ini, orang akan menganggap kemaafan tidak wujud lagi dalam masyarakat”.

Akhirnya tiada hukuman yang dijalankan. Kerana akhlak, keharmonian masyarakat dapat dikecapi.

Subhanallah.. Begitulah akhlak sahabat, nilai-nilai kemanusiaan diutamakan dalam kehidupan. Berlandaskan syariat Islam yang syumul, keharmonian dalam masyarakat dapat dikecapi.

Namun hari ini, manusia rosak kerana ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak, yang akhirnya manusia menjadi makhluk perosak yang sangat merbahaya. Akhlak yang rosak menjadikan manusia hilang rasa kepercayaan, sukar untuk memaafkan dan takut untuk berjanji. Dimana hilangnya nilai-nilai ini?

Tiadalah ubat yang lebih mujarab melainkan kembali kepada cara hidup Islam yang syumul. Kembalilah kepada fitrah insani yang sebenar-benarnya yakni Islam.

Semoga Allah berikan Hidayah-Nya kepada kita semua. Fii amaanillah.

Sekian.


Credit tol: Edan @ Tukang anto tazkirah kat opis pepagi jumaat

Friday, August 21, 2009

Tazkirah Ramadhan

Asas untuk menjalani ibadah puasa dengan baik ialah melaksanakan segala tuntutan agama tanpa bersifat terpilih dan hanya masa bermusim.Di sebalik keributan umat Islam berpusu-pusu membeli juadah berbuka, seorang pendakwah bebas yang juga seorang pengamal perubatan Islam di ibu kota menasihatkan agar umat Islam mengelak daripada membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan yang dijual oleh peniaga yang dilihat ingkar dengan tuntutan agama.

"Antaranya, kalau nampak dan pasti dia seorang lelaki yang tidak berpuasa maka sebaik-baiknya janganlah membeli atau boikot juadah yang dijual kerana secara terang-terangan dia melanggar perintah Allah," katanya sewaktu berceramah di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Sebagai umat Islam katanya, kita diajar supaya tidak bersubahat atau membantu golongan manusia yang menginkari suruhan agama dan sebagai pengajaran kepada mereka supaya mentaati perintah tuhan.Selain itu, antara lain yang dititik berat dalam soal ibadah puasa selain pelaksanaan puasa itu sendiri ialah perintah menjaga aurat khususnya kepada kaum wanita yang ada di antaranya mengabaikan dan tidak menutup aurat ketika berniaga di bazar Ramadan yang mudah mengundang fitnah yang berpanjangan katanya.

"Begitu juga jika juadah yang dijual itu terlalu tinggi harganya, tidak munasabah dan menekan para pengguna,eloklah dielakkan daripada membeli juadah berbuka daripada mereka ini," katanya yang tidak mahu dikenali namanya.

"Sesedap mana makanan itu sekalipun, yang penting ialah keredhaan Allah SWT kepada kita dalam menjalani ibadah puasa secara keseluruhannya, " katanya.

Sebelum ini juga sebuah akhbar melaporkan tentang isu kecenderungan warga kota menjadikan amalan berbuka puasa di hotel dan restoran mewah sebagai gaya hidup sungguhpun n bayaran bufet Ramadan mencecah RM128 bagi orang dewasa di hotel lima bintang di ibu kota.Pegawai dakwah di Islamic Information and Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kokulal Govindji yang mengulas sikap masyarakat hari ini dilihat banyak membazir sewaktu berbuka puasa.

"Membazir membawa kepada dosa. Sepatutnya kita hindari daripada membazir.Apabila berbuka puasa biarlah seperti yang kita makan malam pada hari-hari biasa...Seharusnya di bulan Ramadan ini kita dapat menjimatkan perbelanjaan, " jelasnya.

Sementara itu, mengulas tentang sikap berbuka puasa di luar, jelas Shah Kirit, sebaik-baiknya bagi yang berkeluarga berbuka puasa di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Bagaimanapun katanya, tidak salah berbuka puasa di luar, sekiranya dirancang dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah memilih tempat yang menyediakan kemudahan untuk bersembahyang.Tambahnya, sungguhpun kebanyakan tempat makan menyediakan kemudahan tempat bersembahyang, ada kalangan masyarakat yang dengan sengaja mengabaikan solat.

"Jika kita berpuasa tetapi tidak solat, akan tergantung amalan kita. Perkara pertama yang akan di soal di akhirat kelak adalah solat," katanya.

Menurut petikan Al-Azim.com, sesungguhnya agama Islam melarang sesuatu perbuatan atau tindakan yang merugikan diri sendiri dan yang merugikan orang lain.Dilarang menyakiti diri sendiri, membunuh diri, mencuri, menipu, bersubahat, fitnah menfitnah atau menjatuhkan diri sendiri ke lembah kesengsaraan walaupun dengan motif sebab apa sekalipun dan ini dikuatkan lagi Firman Allah dalam surah surah Al-Qasas ayat 84 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya. "

Begitu juga dengan sabda Rasulullah Allah yang boleh dijadikan pegagangan umat Islam yang lain antaranya,"Kerjakan lah sesuatu amal menurut kemampuan kamu, jauhilah apa yang aku larang kepada kamu, dan apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kamu kerjakan menurut kesanggupan kamu."

Credits: Ustaz Edan Rashid @ Setiausaha Persatuan Ceria opis aku.

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa! Broadband line Allah dah buka apa lagi kita gunakan sampai overlimit laa.. insyallah!

Check This out..