Asas untuk menjalani ibadah puasa dengan baik ialah melaksanakan segala tuntutan agama tanpa bersifat terpilih dan hanya masa bermusim.Di sebalik keributan umat Islam berpusu-pusu membeli juadah berbuka, seorang pendakwah bebas yang juga seorang pengamal perubatan Islam di ibu kota menasihatkan agar umat Islam mengelak daripada membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan yang dijual oleh peniaga yang dilihat ingkar dengan tuntutan agama.
"Antaranya, kalau nampak dan pasti dia seorang lelaki yang tidak berpuasa maka sebaik-baiknya janganlah membeli atau boikot juadah yang dijual kerana secara terang-terangan dia melanggar perintah Allah," katanya sewaktu berceramah di salah sebuah syarikat di
"Begitu juga jika juadah yang dijual itu terlalu tinggi harganya, tidak munasabah dan menekan para pengguna,eloklah dielakkan daripada membeli juadah berbuka daripada mereka ini," katanya yang tidak mahu dikenali namanya.
"Sesedap mana makanan itu sekalipun, yang penting ialah keredhaan Allah SWT kepada kita dalam menjalani ibadah puasa secara keseluruhannya, " katanya.
Sebelum ini juga sebuah akhbar melaporkan tentang isu kecenderungan warga kota menjadikan amalan berbuka puasa di hotel dan restoran mewah sebagai gaya hidup sungguhpun n bayaran bufet Ramadan mencecah RM128 bagi orang dewasa di hotel lima bintang di ibu kota.Pegawai dakwah di Islamic Information and Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kokulal Govindji yang mengulas sikap masyarakat hari ini dilihat banyak membazir sewaktu berbuka puasa.
"Membazir membawa kepada dosa. Sepatutnya kita hindari daripada membazir.Apabila berbuka puasa biarlah seperti yang kita makan malam pada hari-hari biasa...Seharusnya di bulan Ramadan ini kita dapat menjimatkan perbelanjaan, " jelasnya.
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya. "
Begitu juga dengan sabda Rasulullah Allah yang boleh dijadikan pegagangan umat Islam yang lain antaranya,"Kerjakan lah sesuatu amal menurut kemampuan kamu, jauhilah apa yang aku larang kepada kamu, dan apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kamu kerjakan menurut kesanggupan kamu."
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa! Broadband line Allah dah buka apa lagi kita gunakan sampai overlimit laa.. insyallah!
2 comments:
sempat lagik ko letak email aku pagi tadik eh... siot je...
kalo sape x dpt email leh check out blog aku hahaha
Post a Comment