Sejak aku berkecimpung kembali dalam dunia permotoran, selain dari berTT, merempit, lepak woksop, mahupun lepak kat track kali nih agak berbeza siket. Al maklum laa di bulan yang mulia nih alhamdulillah warga EOCM Central Reigion kali ini telah menjayakan Majlis Amal Berbuka Puasa bersama Anak² Yatim dan Miskin. Kali ini kat Sg. Pinang, Klang. Walaupon pelan asal diawal minggu berpuasa atas sebab² teknikal, majlis ini alhamdulillah dapat di schedule kan ke hari cuti umum iaitu 31 Ogos 2010. Selain sambut Merdeka dibulan Ramadhan nih baik tambahkan lagi amalan dengan acara seperti ini.
530pm: Menunggu pesawat² yang join even ni untuk acara berkonvoi beramai2.
Rombongan disambut oleh anak² yatim di pintu masuk dan kemudiannya di bawa masuk ke surau untuk upacara Tazkirah dan Tahlil.
Pesawat² telah selamat mendarat di bay masing²
Antara pesawat² yang hadir.
Bila tiba waktu berbuka puasa ramai² masuk dewan makan dan berbuka bersama2. Lepas tuh kami berjemaah untuk menunaikan solat Maghrib. Suasana berada di kampung mula terasa setelah selesai solat dan bersalam-salaman.
Dewan makan kembali meriah dengan semua warga EOCM CR beserta anak² yatim sama² makan. Suma pakat pulun makan hahah..
Selesai makan upacara melepak dan di warnai dengan riang gembira anak² ini bermain di halaman perkarangan dewan makan memang terasa cam dah kat kampung menunggu kedatangan hari raya hehe.
Mana² yang nak bagi sumbangan ke nak wat program ke ape ke leh laa ushar alamat di bawah nih yer.
Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang
Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang
Selangor
Tel/Fax : 03- 3341 0362
Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang
Selangor
Tel/Fax : 03- 3341 0362
4 comments:
hehe.. sejak2 bermotor club kembali ni dah rajin join activity.. hehe.. tambah2 berbakti baguih2
kelab nih lain siket family motorsepot hahaha kalo kelab waja dulu or pmc hahah single motorsport hahahah xde sangat xtvt cam nih.
hehe ada bro.. kalau hang selak2 blog aku tahun2 yang lepas.. ada gak aktiviti dalam bulan puasa.. tapi club exora ni memang club family man laa :).
http://rezdrake.blogspot.com/2006/11/kerja-amal-pmcsuria-fmselangor-fcartis.html
ooo had tuh kaa.. maksud aku dulu aku kat pmc x berape nak giat sangat.. then masa team campro lagi laa xde hahah sume budak2 mude jek hahah.. kali nih since family pon leh join skali tu yang aku join kelab nih hehe.. mostly dari bebudak pmc properd and wpc hahaha ade 2-3 dak2 lame aku jumpe balik kat sini huhuh.
Post a Comment