Kali nih aku join trip Year End Gathering with Exora Owners Club Malaysia ke Summerset Rompin Pahang. This was my frist time menjelajah ke area Rompin hahah banyak gak sebenarnya tempat menarik kat Malaysia nih aku x gi lagi rupanye hahah.. Anyway trip kali nih aku bawak gak Mem & My Hero Hindustant yang x sabar2 nak mandi swimming pool.
Seawal jam 615 am aku dah shoot off dari umah menuju ke petronas nkve damansara untuk pickup stikcers and ape2 yang patut. Lepas tuh kitaorang shoot off ke Petronas Gombak Mrr2 untuk berkumpul serta mendengar taklimat konvoi. Ade dekat 50 buah Exora telah menyeliputi sebahagian besar pertonas nih hahaha.. Kali nih aku diberi mandat oleh Marshall EOCM untuk jadi Back Marker no 3 bagi mengawasi serta menerima dan menyampai arahan Zero car bagi melancarkan lagi konvoi besar nih.
Lepas doa selamat oleh sedara Robodin, konvoi mula bergerak.. huh keadaan agak x berapa nak sync mungkin kebanyakkan exorians exicted lagi pon masing2 bawak family. Hanya di LPT konvoi bergerak cantik di kawal oleh Hot Chicks/ Cars yang bertugas bersungguh. Next main pit stop yang kami berhenti adalah di RNR Gambang dan disini kami telah di sponsor oleh Nestle dengan pemberian minumam nescafe percuma.. minom sampai kembong hahahah... Lunch kat sini topup minyak.. top up nikotin, tuko pampes.. buang ape patut then konvoi shoot off ke Bandar Muadzam Shah. Konvoi bergerak lancar setelah persimpangan utama gambang telah dikawal oleh geng2 lanun rawang yang hati kering giler.. beberapa insiden blok lori, potong konvoi dengan skill rally serta menghambat ahli2 konvoi untuk menambah kelajuan sumenyer keje2 hot car nih.. tahniah! walaupon paha anda dicubit oleh moksu yang gerun dengan pemanduan anda.
Konvoi bergabung dengan geng southern reigion heheh meriah gak.. dan konvoi mula slow dan mengantuk hahah dah ler sepanjang jalan hujan dan kali nih di kawal oleh pdrm hahah.. kali nih konvoi dah jadi 91 buah exo menuju ke Summerset Rompin sejauh 50Km ++. Sampai di Summerset kami disambut dengan lambaian moksu2 EasternReigion. Pickup kunci dan goodie bag pehhh time kasih sponsor! berbaloi2 hahah...
Alhamdulillah hujan pon dah berhenti leh arr anak aku nih gi swimming... pehh pool dia besor dan terbaik.. aku apo laie gi menembak laa.. tepi pantai, sekitar pool dan juga resor yang lebih mirip kepada bangunan inggeris lama (collonial). Malam tuh kami disajikan dengan makan malam yang enak.. kambeng panggang, acara tukar hadiah, cabutan bertuah hahah besor gak hemper aku hahah... dan juga acara aku cinta padamu heheh nasib baik bini aku balik bilik dah.. so aku pon menggunakan bunge ros yang telah dibekalkan untuk tujuan gi TT Larut malam hahahar... TT sekitar jam 1130 hampir kesemua ahli EOCM YEG turun TT haha ade gak x turun mungkin penat ataupon ade acara laki bini.. maklum laa bilik hotel yang cantik.
Pagi di Summerset nih memang menarik.. dengan angin laut cina selatan serta suasana hutan hujan tropikanya.. Pehh anak aku lak bangun trus nak repeat lagi mandi swimming pool disamping kami join sukaneka dan acara penutup iaitu amek gambo ramai2.
Kami sekeluarga checkout jam1230 lepas menikmati nasi ayam pehh sedap oo.. yang dibekalkan oleh ER. Kali nih aku melalui jalan2 sekitar muadzam, serting, kuala pilah, senawang - shah alam. Journey 3 -4 jam hmm cuma jalan je bumppy siket.. tapi suspension tunned by lotus aku xde laa rase sangat bumppy tuh..
Huh x sabor nak join other trip dengar citer YEG thn depan kat Southern Reigion hmm mane laa plak ek?
1 comment:
lupe lak.. ucapan terima kasih buat geng ER kerana bertungkus lumus mejayakan majlis..Bro Alongkuantan and family Tima kasih banyak2 dan tahniah!
Post a Comment