Tuesday, June 07, 2011

Mat Belia laa plak


Aku join lagi konvoi ngan rakan2 EOCM tapi kali nih jadi Mat Belia hahah lame dah aku tak dengar orang panggil Mat Belia.. dulu2 ade laa zaman2 Belia 4B hahah skrg masih ade lagi cuma yang join pon dah tukar nama jadi Mat Rempit hahah.. Enuff of that..

Sempena Sambutan Hari Belia, Kementerian Belia dan Sukan (Menterinye.. Chip Belia laa haha) menganjurkan program Himpunan Sejuta Belia. Hmm Belia nih for your info umor dari 18 tahun hingge 40 tahun... tapi yang paling ramai datang Belia2 yang nama baru nak naik haha. Banyak gak aktiviti yang diadakan.. dari acara pentas, booth sampai laa cup prix arr nih memang ramai belia 4B port sini. Memang banyak setan2 berleluasa maklum laa belia.. darah muda lak tuh.. dari kapel sampai laa amoi yang berjoget sakan pakai hot pants atas pentas huhu.. rosakk rosakk...


Yang aku plak nih join konvoi yang dianjurkan oleh Proton. Kire nak menambah jumlah belia yang ade la.. 40 buah Exora bekonvoi bersama2 rakan2 proton yang lain laa dari v6, proton saga blm(prosboc), proton club(procc), savy(savoc), satria (gti,yosato err ade lagi 1 ntah ape name club dia) , persona dan juge juara club. Konvoi didahului oleh keter2 sukan (panjat bukit kat PICC pon slow hahaha bunyik je lebey) geng motosikal berkuasa tinggi dan juge kenderaan2 proton. Bermula dari PICC berkonvoi ker kawasan utama Sambutan Sejuta Belia nih sambil mencuci mata dan menembak mana patut dan kami terus pulang semula ke COSE Subang.

Trima kasih pada pihak proton, bro2 marshall dengan anak2 gajah (4x4), bro2 kuda putih, elite highway & Kesas kerana sudi menaja, menjaga dan mengawasi konvoi. Pehhh terbaek aa.. elite highway & Kesas dari putrajaya sampai ke Shah Alam ditutup khas untuk konvoi kami merempit hahahah memang terbaekk oooo...

No comments:

Check This out..