Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri


Dikesempatan ini me sefamily ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin! Kalau ade salah silap harap maafkan. Begitu juga aku, aku dah dah juga maafkan seperti logout dari maybank2u dan terus clear cache. Mana2 yang dah berubah tuh harap diteruskan di bulan² yang lain, begitu juga aku teruskan dengan perubahan yang baru. Again, Salam Aidilfitri dan Selamat Memerut!

Monday, September 06, 2010

13 Ghost IFTAR Feat The Legend 17


Kali nih seperti tahun² lepas misi 13Ghost dikala bulan yang mulia ini alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Kali nih misi beriftar beramai2 telah berjaya menemukan beberapa geng 13Ghost yang dah lama x jumpa selain dari muka² biasa yang dok TT kat DE13 setiap hari Jumaat. Kali nih selain dari 13Ghost, kami juga berIFTAR dengan seorang lagenda bukan lagenda budak setan tapi lagenda bola sepak negara. Bro Zainal Abidin Hassan nih setelah bersara dalam arena bola sepak kali ini pula mengembangkan bakat terbaru dalam dunia masakkan. Kali nih speciality nyer dalam Masakan Nasi Ayam Hainan. Nak disedapkan lagi kali nih package berbuka puasa hanya RM9.90 jerk dengan Nasi nyer, air bandung + kuih + bubur & eskrim. Sedap gak nasi ayam dia. Recomended! Ape pon, jom check out the picas!

Ini kedainyer kat sec 13 Shah Alam bersebelah dengan Restoren Shuhaida. Nak ke sini senang je lalu depan Kolej PTPL tuh dah leh nampak Restoren Shuhaida blah kanan hah kalo dah nampak tuh kire dah sampai laa hehe.

Nih antara hantu² yang hadir hahah ada yang single ade yang couple ade yang family.

Di hidangkan sendiri oleh Bro Zainal. Kelihatan Remizal yang menggigil bila juadah berbuka dihidangkan oleh lagenda bola sepak.

Join skali ngan skuad penyokong selangor. Depa ade majlis perasmian Jersi Baru untuk team Selangor. Bukan team selangor je siap ngan team pahang pon turun skali.

Selain dari sesi photo beramai² hahah apo lagi aku pon nak gak bergambo dengan the legend 17 @ tokey kedai heheh. IFTAR nih bukan berakhir kat sini jer tapi bersambung plak ke DE13 hahah cam biasa laa mana nak pekena teh tarik or nak sambung cita2 menarik. Mungkin tadi ada yang bawak anak bini so x dapat nak nak bersembang sangat hahah. Anyway time kasih kat organizer Mr. Crocx @ Hidaytullah kerana berjaya mejalankan majlis ini.

Ni Address ke kedai Lagenda 17

No 85, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, Seksyen 13

40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 5523 7717

Wednesday, September 01, 2010

IFTAR feat. Anak² Yatim & Miskin Sg. Pinang, Klang


Sejak aku berkecimpung kembali dalam dunia permotoran, selain dari berTT, merempit, lepak woksop, mahupun lepak kat track kali nih agak berbeza siket. Al maklum laa di bulan yang mulia nih alhamdulillah warga EOCM Central Reigion kali ini telah menjayakan Majlis Amal Berbuka Puasa bersama Anak² Yatim dan Miskin. Kali ini kat Sg. Pinang, Klang. Walaupon pelan asal diawal minggu berpuasa atas sebab² teknikal, majlis ini alhamdulillah dapat di schedule kan ke hari cuti umum iaitu 31 Ogos 2010. Selain sambut Merdeka dibulan Ramadhan nih baik tambahkan lagi amalan dengan acara seperti ini.

530pm: Menunggu pesawat² yang join even ni untuk acara berkonvoi beramai2.

Rombongan disambut oleh anak² yatim di pintu masuk dan kemudiannya di bawa masuk ke surau untuk upacara Tazkirah dan Tahlil.

Pesawat² telah selamat mendarat di bay masing²


Antara pesawat² yang hadir.

Bila tiba waktu berbuka puasa ramai² masuk dewan makan dan berbuka bersama2. Lepas tuh kami berjemaah untuk menunaikan solat Maghrib. Suasana berada di kampung mula terasa setelah selesai solat dan bersalam-salaman.

Dewan makan kembali meriah dengan semua warga EOCM CR beserta anak² yatim sama² makan. Suma pakat pulun makan hahah..

Selesai makan upacara melepak dan di warnai dengan riang gembira anak² ini bermain di halaman perkarangan dewan makan memang terasa cam dah kat kampung menunggu kedatangan hari raya hehe.

Mana² yang nak bagi sumbangan ke nak wat program ke ape ke leh laa ushar alamat di bawah nih yer.

Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang
Batu 1 3/4 Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang
Selangor
Tel/Fax : 03- 3341 0362


Check This out..