Monday, July 27, 2009

Paintball @ Mud Trekker


Sabtu lepas seramai 13 orang pejuang berani mati dari opis aku nih, telah menyerang pekan Kuang menuju ke lapangan beberapa senario di Mud Trekker. Dah lame gak laa tak pegang marker and dah lame gak pon x melasakan diri dengan aksi² seorang perajurit yang tidak heran dengan segala tembakkan pallet dari pihak musuh. Walaupun dah lama tak main... tapi bile marshall sound " game on " jerk jantug wa dah pump gile-gile seperti berada dalam situasi anjing gila yang terlepas mencari mangsa untuk digigitnya hahah.




1st game, urban field. Macam biasa laa upacara merasa kelazatan pallet² yang ditembak kena kat badan. Dengan cara ini baru hilang rasa takut. 2nd game kami main elimination, target mark , body and head haha. Kali nih baru best main.. siap tukar tempat lagi untill final game kat urban field nih main sampai abis pallet.




Next kami main kat Jungle Field. Situasi sedikit berbeza kerana bunker tak banyak dan mengharapkan pokok² je yang cukup² muat untuk menyorok dan mengelak dari terkena tembakkan musuh. Game kat sini jek 4 round hahah sampai abis pallet. Cam biasa laa upacara terakhir main sampai abis pallet and kalo dah kena tembak pon x kesah main jek haha tapi kelazatan kena tembak tuh kena laa rasa hahaha.




checkout jam kul 2.30pm pehh lame siot main... start game pon around 11 am.. tuu pon time rehat kaw² digunakan.. nak atur statergy pon x sempat hahah..At last mostly kepenatan pasal dah lama tak bersukan. Game nih pon lagi penat dari main futsal hahah. Terima kasih kepada sponsor air dan nasi lemak & karipap (sambal dem sedap.. bilis + sotong + petai) haha nasib baik ade yang tak termuntah masa main game hahah.. Cam biasa laa memasing akan tunjuk kesan² tembakkan hahah.. ade yang lebam ada yang cedera tapi apa2 hal pon janji lasak and enjoy.




Friday, July 24, 2009

Sindrom


Artikel ini dipetik dari sebuah "sudut". Tak perlu laa nak bagi tau sudut mana tapi yang peinting isi artikel tersebut yang banyak memberikan nasihat kepada kita semua, agar tidaklah kita turut dihinggapi ‘sindrom-sindrom’ yang sama! Jadi, walaupun kita buat masa ini ‘terselamat’, jadikanlah apa yang ditulis dalam artikel ini sebagai sempadan.Kandungan asal artikel tersebut masih relevan, walaupun ditulis beberapa tahun yang lalu. Ianya diolah semula untuk memberi rujukan kepada contoh dan analogi terkini.

Mukadimah:

Saya percaya banyak sudah kita dengar tentang kisah mengenai personaliti-personaliti yang ‘masyhur’ di pejabat-pejabat rakan-rakan dan saudara-mara. ‘Kemasyhuran’ personaliti-personaliti tersebut selalunya berpunca daripada ‘sindrom-sindrom’ atau ‘penyakit’ yang mereka hidapi. Kesian ya! Dah la orang tu ‘sakit’, ada pulak yang nak mengumpat!

Haa! Tolong sikit! Ini bukan mengumpat ya! Ini sekadar mengingatkan sesama kita: jangan sampai kita dijangkiti benda atau ‘penyakit’ yang sama!


Sindrom Raja
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: tak mahu kalah; tak mahu dengar cakap orang lain; dia rasa dia punya cara dan dia punya kata saja yang boleh pakai; dia rasa dia saja yang betul; tak mahu tegur orang yang lebih rendah pangkatnya; orang lain mesti tunjuk hormat pada dia dalam semua segi dan pada setiap masa; kalau ada yang berikan pendapat berbeza dari pendapat dia, nanti tengok ajelah macam mana muka ‘baginda’ berubah – sebab ‘baginda’ ingat orang tu nak cabar ‘baginda’. Dan sekali ‘baginda’ berasa ‘murka’, ‘kemurkaan’nya itu payah nak reda sebab ‘baginda’ cukup tak sangka ada orang yang tak takut dengan ‘daulat’nya!

Penerangan: Biasanya dihidapi oleh orang-orang yang berjawatan (bukan la tinggi sangat pun...). Mereka berasa seolah-olah seperti raja yang sedang bertakhta, tak sedar langsung yang dia bukannya Raja sebenar – dia boleh diturunkan pada bila-bila masa! Orang ini sebenarnya mabuk kuasa, mungkin sebab sebelum ini dia tak pernah pegang kuasa macam tu. Kemungkinan besar orang ini tak sedar langsung yang perangai dia tu tak disenangi orang sekelilingnya. Sepatutnya ada orang yang tegur dia supaya dia boleh berubah. Sebenarnya, bukan sebab orang tak nak tegur, tapi sebab semua orang tahu kalau ditegur pun bukan dia nak ikut, sebab dia rasa dia betul...! Menghabiskan air liur je!

Kemungkinan besar juga orang yang menderita sindrom ini senang makan bodek kaki-kaki bodek dan ampu (mana yang masih sanggup nak bodek dan ampu dialah!).

Sindrom Sungai Nil
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: walaupun banyak kali ’tanda-tanda’ ditunjukkan kepadanya melalui pelbagai cara (cara lembut, cara keras, cara kabur dan cara jelas) tapi dia masih tak berubah, macam itu jugak.

Penerangan: Asal sindrom ini dari perkataan Inggeris “Denial”, bunyinya macam “The Nile” – Sungai Nil! Sama ada dia memang tak faham, ataupun dia sebenarnya faham tapi buat-buat tak faham, entahlah! Dunia dah banyak kali berputar, air banjir dah banyak kali pasang dan surut, gempa dan taufan dah banyak berlalu tapi dia masih dengan pandangan yang sama. Dia rasa semua perubahan itu sementara aje, nanti tak lama lagi balik macam ’normal’lah. Dia tak mahu terima kenyataan dunia ni dah berubah, masih jugak nak berbelanja macam gaji dia tu sama naik dengan harga minyak! Akibatnya hutang keliling pinggang, kena buat kerja part-time, atau buat macam-macam claim yang tak patut dengan syarikat. Syarikat jugak la yang jadi mangsa!

Ada persamaan dengan Sindrom Raja. Sebabnya, berbuih la mulut kita terkumat-kamit beri nasihat, tapi dia masih tak mahu terima kenyataan dan cukup payah nak berubah!

Sindrom Ensiklopedia
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: cukup liat nak pergi ke kursus-kursus untuk tingkatkan pengetahuan – kursus paling akhir dia pergi ialah kursus kahwin, itu pun dia pergi sebab kalau dia tak pergi kursus tu dia tak akan dapat kahwin (dia ‘tuang’ beberapa sesi pulak tu!); tak pernah baca buku-buku terbaru sejak awal tahun 1980an lagi; memberi gelaran dirinya sendiri sebagai ‘ensiklopedia berjalan’.

Penerangan: Orang ini merasakan yang dia dah cukup pandai, malah teramat pandai, dan begitu berpengalaman. Dia rasa dia tak perlu lagi baca buku terbaru atau hadiri apa-apa kursus untuk tambah pengetahuan. Dia anggap pengalaman yang dia ada tu lebih berharga, jadi orang lain patut bayar dia untuk beri kursus! Orang macam ni berbahaya untuk disimpan lama-lama dalam mana-mana syarikat dan hanya akan merosakkan masa depan syarikat dengan idea-idea kolot dan ketinggalan zaman.

Sindrom Berat B*nt*t (Kalau malu nak sebut, boleh juga dipanggil Sindrom ‘Remote Control’)
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: kerusi dia dah nak patah (ataupun dah pernah beberapa kali patah pun!) sebab b*nt*t dah berat dan tak pernah bangun dari kerusi; kalau boleh, kerusi dia tu di ‘MacGyver’kan supaya jadi tandas – tak perlulah dia bangun dari kerusi kalau nak ke tandas macam orang lain! Kerusinya dilengkapi dengan banyak alat kawalan jauh sebab dia memang suka kawal macam-macam dari jauh!

Penerangan: Orang ni memang cukup susah nak bergaul dengan rakyat atau turun padang untuk tengok projek yang dia sendiri luluskan pelaksanaannya. Dia lebih suka wakilkan orang lain untuk turun dan dia akan terima laporan aje. Daripada laporan yang diterima, dia akan buat keputusan: ubah itu, ubah ini, marah orang itu, marah orang ini. Entah betul atau tidak laporan tu, dia sendiri pun tak boleh confirm! Kalau hidup-hidup dia kena tipu pun dia tak akan tahu!

Selalunya dihidapi oleh pegawai atasan, tapi boleh juga dihidapi oleh mereka yang perasan sangat dah naik tinggi, terutamanya mereka yang selalu ‘menebas’ di padang golf (bila ‘menebas’ tak berat b*nt*t pulak!. Aik? Tak mau ‘remote control’ kasi orang lain ‘tebas’ padang golf tu ke?)

Sindrom Andropause (lelaki) / Sindrom Menopause (perempuan):
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: berfikir dia masih muda, walaupun rambut dah bertukar warna atau dah tak ada pun; cakap macam dia akan terus masuk pejabat 25 tahun lagi; tak mahu beri laluan ataupun peluang sikit kepada yang lebih muda sebab takut nanti dirinya terpinggir; rasa cemburu sangat kalau ada orang lain pegang jawatan lebih tinggi yang sebenarnya dia sendiri mahu - dia takut tak sempat nak capai sebab masa dia dah nak ‘tamat’!

Penerangan: Selalu dihidapi orang yang dah lama bekerja dan tak mahu ‘let go’. Mungkin dah banyak isyarat diberikan oleh pelbagai orang, dia tahu dan sedar tapi cukup susah nak menerima kenyataan (macam Sindrom Sungai Nil). Berhati-hati dengan orang macam ni sebab dia tak akan sediakan orang bawahnya untuk ‘take over’, sebab dia takut nanti orang bawah dengan senang ambil alih tugas dia. Jadi, sampai bila pun orang bawah dia tak akan belajar lebih daripada cara nak buat kerja biasa!

Ada kemungkinan cepat merajuk. Kalau budak-budak merajuk kita boleh pujuk. Isteri/ suami merajuk seronok jugak kita pujuk. Kalau orang yang giginya dah berkarat/rongak ada sindrom ni siapa yang sanggup nak pujuk? Haa... alamatnya, lamalah dia merajuk!

Sindrom Jaga Tepi Kain Orang
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: kerja tak siap, tapi mulut tak henti-henti bercakap; suara cukup kuat dan nyaring; bertandang dari meja ke meja; akan cakap pasal hal apa saja KECUALI pasal hal kerja.

Penerangan: Orang yang menghidapi sindrom ini merupakan sumber segala gosip dan khabar angin di dalam syarikat. Kalau bangunan tu ada beberapa syarikat, silap haribulan gosip pejabat lain pun dia tahu jugak. NST, The Star dan Utusan boleh tutup kalau ada 100 orang macam ni di Malaysia, sebab berita lagi cepat tersebar melalui mereka. Kalau tenaga elektrik boleh dihasilkan oleh tenaga kinetik yang dituai dari benda bergerak, maka mulut orang yang menghidapi sindrom ini bolehlah dipajakkan kepada TNB untuk menghasilkan elektrik – kalau ada 1,000 orang macam ni memang tak ada lagi la kejadian ‘black out’ di Malaysia.

Jangan cuba cakap benda rahsia dengan mereka ni. OSA ke, ISA ke, mereka ni tak makan saman! Habis semua rahsia disebarkan.

Ada penghidap sindrom ini yang bukan kaki gosip, tetapi hanya suka cari maklumat untuk tujuan tertentu, Kalau dia nak tahu tentang sesuatu, dia akan pasang spy sana-sini, dan sanggup memperdaya dan menipu sebab nak maklumat terbaru. Haru!

Sindrom Wali
Tanda-tanda mereka yang menghidapi sindrom ini: Duduk di masjid sepanjang bulan puasa tiap tahun walhalnya pejabat tunggang-langgang atau keluarga porak-peranda di rumah; wirid berjam-jam walaupun memakan waktu kerja; sanggup bercuti panjang-panjang untuk ikuti aktiviti keagamaan / ceramah yang dia sebenarnya dah pernah ikuti berkali-kali.

Penerangan: Kalau iya pun nak beribadat, pastikanlah ada ‘balance’. Orang yang menghidap sindrom ini sebenarnya tak faham dan tak menghayati sepotong hadis, “Mencari rezeki yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat, puasa dan sebagainya)" - diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Al-Baihaqi. Saidina Umar Al-Khattab pernah menghalau orang yang berada di masjid keluar untuk mencari nafkah, sebab dia tak suka tengok orang yang asyik duduk di masjid pada siang hari, sementara sang mentari sudah terpancar bersinar. Ada sepotong hadis lagi yang menyebut, memberi makan kepada seorang Hamba Allah yang sentiasa beribadat di masjid adalah lebih banyak pahalanya daripada ibadat Hamba Allah itu sendiri - sebabnya kalau nak beri makan tu pastinya ada usaha yang dibuat di luar masjid!

Jadi, kalau nak masuk syurga, kita perlu juga berjaya menempuhi hidup di dunia, bukannya ’by-pass’ terus! Dan apa salahnya buat kebajikan atau kumpul pahala cara lain? Cuba hadiahkan wang yang digunakan untuk menghadiri aktiviti keagamaan kepada kalangan keluarga kita sendiri atau orang lain yang kemungkinan besar lebih memerlukan. Tengoklah apa yang wajib dan apa yang sunat. Kalau perkara yang wajib dah buat, baguslah. Tapi kalau nak sambung buat yang sunat, kena tengok dulu - jangan sampai kewajipan kita yang lain terabai.

Penderita-penderita sindrom-sindrom di atas kalau nak kembali sembuh perlulah dengan rela hati makan nasihat beberapa kali satu hari dan telan kritikan walau macam mana pahit sekali pun. Sebelum tidur, dos muhasabah yang secukupnya perlu diambil. Bila bangun pagi, ambillah azam untuk berubah. Jika anda perlukan bantuan, cari mentor atau rakan terdekat dan minta bantuan. Kalau mentor atau rakan terdekat pun menghidapi sindrom yang sama, ambillah peluang untuk berubat bersama-sama! Cuba jangan jangkitkan sindrom tersebut pada orang lain.

Moral of the story: look yourself in the mirror haha.

Thursday, July 23, 2009

The New RM 50 note!


These are the new type of RM 50 notes. Terkejut gak this morning masa cash out kat atm. Skali keluar duit lain hahah.. Belek 2-3 kali hmm cam pernah ku lihat notes ni kat news last week. Demm this the new notes. Tapi sayang nyer notes nih digunakkan untuk bayor kutu heh. For now nak kena simpan notes lama and new notes mana tau kut² running no cantek pehh.. leh jual balik. heheh

Monday, July 20, 2009

Dinner @ BigFood TTDI Jaya



Since mak aku nyer buvday and adik aku and my little hero nyer buvday dalam blan 7 nih so aku decide nak belanja depa makan laa hehe. Memula tuh nak try kat Shuhaida sec 13 but then tukar plan nak makan western lak hmm credits to my wife yang bagi idea hehe. So petang semalam both of us gi wat booking heh mana tau kot² tak dak tempat lak. Yang nak makan pon sume nih tahap phirana(makan sampai licin tapi x leh tunggu oder lambat sangat haha).

Arrived there around 8.15pm hmm just nice for dinner. Meja reserved pon dah siap. Bagus gak depa nih siap call lam kul 8 tuh nak confirm mai ke idak. Restoran enviroment hmm sempoi cam chilli's pon ade gak sepc dia siket². So order masing² dinner plate. Ada nak fish n chip laa chiken pancung laa 1/4 ciken laa and not to missed pizza. Style food sini ade regular and bigfood. Naper lak ade bigfood nih hahah.. Bigfood nih untuk makan 2 orang kire 1 pinggan share 2 haah dengan erti kata lain.. kalo yang lapar tahap gaban and yang suke order lebey leh mintak version bigfood cuzz they make it double hahah. That includes air gak hahah wife aku oder manggo gelas besor which means manggo big food.


Next dah makan sure kena bayorkan hahaha.. price hmm quite reasonable for a western food. So since aku nak belanja(tuu pon hutang dulu ngan bank hehe) aku pon nak gi bayor.. sekali tany ropernyer cash only hahah demm aku x bawak cash and ringgit aku ditutup pada dagangan sederhana. Apa laie dengan selambernyer aku pau pak aku hahahh. Ujung blan nanti bayor balik ye hahahah :P. Ni antara yang tak best kat kedai nih.. card x leh pakai haha apa depa ingat suma yang makan bawak duit berkepok ke lam poket haha.. ade kemudahan xmo guna. Salah aku gak masa booking tak tanye hahahah.. Next time check dulu. Tapi nak wat cam ner hah at lease dah try makan kat kedai nih hehe.

Restoran: Big Food
Location: TTDI Jaya Shah Alam
Food type: Western & Italiano
Price: Reasonable and standard western food
Recomended: yes
Advice: Please bring your cash! no cards transaction.


Makan @ Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya


Petang smalam lepas wat booking kat BIG FOOD, lapar lak tuh so ngan wife aku singgah kat Nasi Lemak Antarabangsa selang 2-3 kedai dari BIG FOOD(check out next posting). Kedai dia atractive gak dengan design and color dia. Aku oder teh tarik ngan tahu bakar since rojak buah lak takde (ape daa.. takkan dah abis.. sedap sangat kut.. tapi rojak kat giant shah alam lagi best) and wife aku oder nasi lemak package paru, ayam goreng rempah and ice lemon tea. Emm QC hmm aku rasa sambal dia same cam kl nyer and lain hmm cam biasa. customers? leh tahan maybe pasal orang tau kot kedai nih. Tapi feel hmm to me x same cam kat kampung baru. Price hahah quite expensive maybe diorang ingat ttdi jaya same cam ttdi kut hahah sume orang2 kayers jek ape da.. but still aku suka kat kampung baru lagi sambal banyak nasi panas.. oder beratur haha pinggan plastik merah pehh kena lak suasana kampung huh baru feel. Kat sini pinggan kaca siap ade logo lagi hahaha.. nape laa diorang nak branding sampai tahap cam tuh.. wat biasa cukup feel tetap sama.. maybe diorang nak jadi RAVI kut haha bukak kat sec 15 subang best jek tapi bila dah bukak kat taipan rega mahal nak mampus. Terus lingkup hahah.

Kedai: Nasi Lemak Antarabangsa
Location: TTDI Jaya Shah Alam (atas siket dari shell ttdi ade shoplot baru)
Price: Mahal gak
Cost makan semalam: 1 set nasi lemak + paru + ayam goreng rempah + ice lemon tea = RM 9.90, 1 set teh tarik + tahu bakar = RM 3.95 (tauhu pon seketul jek potong 2) .
Recomend: x berapa nak recomend gak... tapi kalo nak try nasi lemak antarabangsa gi kat kg baru try yang original heheh.

Tuesday, July 14, 2009

Durian The King

Melantak Durian ngan wife aku ahad lepas. Layan beb.. hahhaha.. tapi x leh banyak2 kompem demam. Punca beli durian nih pasal wife aku wat kuih serabai haha nak sedap makan kuih nih dengan kuah durian laa hehe tuu laa pasal hehe.

Friday, July 10, 2009

Weekly Clicks!

Sepetang @ mamak double trouble

Wednesday, July 08, 2009

Bila Megathron Jumpe Optimus Prime


Tak yah cakap banyak korang cari laa kat Stesyen Minyak Petronas Nationwide haha.. Optimus Prime dah ada dalam colletion aku tinggal megathron jek.. nih pon megathron edan nyer hahah.. pinjam kejap Wa bikin panas line jek..

How To: Make Bumper to Bumper Accident.



Here's a guide how to make bumper to bumper accident.

1. Find a suitable time and place especially during rush hour or specifically in the morning during people were rushing to the office hahah. In my suggestion the place will be Fedral Highway hehe.

2. When you came into a situation of begining of Jam infront of you. Be alert and prepare for one "dunggu" fella who drives in a "sunday drive mode" suddenly change lanes because of don't wanna be a part of Jam.

3. Before that, please make sure you were driving in fast lane with average speed 80-100km/h and doing tailgating heheh. Please make sure the car behind you also doing tailgating at the same speed.

4. Next step at step no 2, when this situation happens, do an emergency brake. Make sure there's a smoke comming out from your burning tyres during the emergency brake. If your brake system in good condition you wont hit the car infront of you.

5. Finally, be prepared of a few impacts from a various car behind you hahah.. if possible you may count the impacts to estimate how many cars involve in the bumper to bumper accident.

6. Next step.. claim la apa lagi.. people hit u he has to pay laa haha.

Why do i put this How To? This morning the same situation happens to me hahah.. at ferdral highway one "dunggu" fella suddenly change lanes haha. Me that time was stuck in the massive traffic light jam hehe. Dengar je bunyi orang brake emergency pon dah bleh baget compem nyer ade accident jap lagi haha.. Dush.. klung klang(bumper jatuh) and sreeakkk.. (emergency brake). hahah It all started when a car suddenly masuk lane laju pasal nak elak jam.. then ada satu waja nih sudah terkijut.. trus brake emergency.. leh nampak asap gak dari tayar tuh cam org layan drift. Next bunyi emergency brake kali nih package ngan bunyi pecah haha.. compem xcident.. waja tuh x kena.. selang satu keter waja lak ade city, wira and kelisa haha.. sian org dalam wira tuh kena impact kaw2 haha.

Moral of the story: Sleep early so that you won't rush to the office haha

Monday, July 06, 2009

Weekend Happenings


13 Ghosts Outings Movie Mania - Transformers 2. Demm nice! lagi best kalo tengok ngan member² yang sekepala hahaha.. can't wait for second attempt haha tak puas tengok sekali jerk sure kena tengok 2-3 kali punya. Time kasih kat Bae kerana sudi jadi runner beli tiket. Wa gelak besor malam tuh. Action dia pehhh layan beb.. pada yang membesar bersama tranformers sure x miss nyer la gi tengok citer nih.


A Visit to Pasar Borong Selangor. Haha niat memula nak beli ayam cuzz malam tuh mak sedara nak mai. So pepagi dah gerak gi serdang nak cari ayam. Kat sini je leh dapat yang fresh nyer and rega pon murah.. pasar lain cam harem je harga dia mahal nak mampus esp PASAR MODERN SEKSYEN 6 SHAH ALAM mak aku beli ayam 2 ekor + dada siket pon mau dekat RM40 ++ kat sini aku dapat 5 ekor (ayam sekor berat sekitar 2 kg) = RM 60 jek hahah lu pikir laa sendirik.. nak jual pon kena jujur gak... dah bagi rega siling nak rega bumbung lak. Dari ayam sampai laa sayur laa ikan laa abis semua mak aku ngan wife aku borong. Aku ngan anak aku sanggap last² layan roti telur kat gerai depan pasar tuh sementara tunggu depa shopping sakan hahaha.



Operation Ozzy Move Makeover. Sian aku tengok si Ozzy nih lame tak terbelai ye laa aku dok abiskan masa ngan bimmer aku tuh haha.. So since aku dah dapat kedai acc yang rega pon leh kawtim and tokey dia pon sekepala, aku pon bagi peluang kat Ozzy nih gi make over siket. Kali nih aku masuk tinted 50% gelap hengat² siket dan adjust siket no plate hehe kasi nampak vouge gituh haha maklum laa yang nak pakai nih wife aku so kete dia kalo leh nampak vouge siket. Nasib baik LV tak buat rim haha kalo idak aku dah sumbat dah haha.. Ape lagi yang aku dah wat ngan Ozzy nih? emm masuk eyelid emm kasi bulu mata lentik.. rim 15" magkuk tingkat siap sagat lagi haha kalo naik 4 orang haha tapi body dah ketuk.. tinted dan lainya emm maybe standard lagi. Tak boleh nak extreme sangat hah u know lady driver. Lobang ka divider ka main langgor jek. Heheheh

Thursday, July 02, 2009

Tribute to Admin Server


Admin server box

Hujan pagi nih mengiringi pemergian admin server aku yang telah berkhidmat 5 tahun diopis nih. Dalam jangkamasa 5 tahun tuh laa pc nih banyak menyumbangkan jasanya dari segi keselamatan pengguna² komputer lain dari segi ancaman virus. Penyakit yang dialami oleh admin server dah berada pada tahap kritkal haha kire macam koronori jantung laa. Jumaat lepas dia diserang stroke akibat TNB yang bangang main suke² dia jek tutup main power without any notice. Penyakit yang sama telah menyerang Sarah.

Ini ler Sarah

Dia pon berada dalam ICU dalam 3-4 hari gak laa tapi berjaya dibawa hidup kembali untuk menguruskan layanan² yang akan diminta oleh semua staff kat opis nih. Dalam perancangan mungkin khidmat admin server diperlukan lagi untuk melayan file² MP3 yang giat berkembang dan bertambah filenya setiap hari hahaha.


Lesen Terbang

Petang semalam tengah aku syok menunggu traffic light kat flyover dari precint 9 ke precint 8. Tetiba aku dengar orang dok hon kaw² dari moto sampai laa ke keter. Rupa²nya ade sebuah proton saga putih WSA5615 dengan penuh confiden masuk salah jalan hahahaha.. Dah laa cermin tinted gelap dan membuatkan pemandu² lain marah dan hon serta mengushar dengan penuh kemarahan hehe. Nasib baik tak ada polis.. kalo idak sure kena nyer.. Aku plak ape lagi capture laa this momment! To that particular driver in my words " Jangan laa pentingkan diri sendiri.. kalo salah jalan leh undur. Nih still lagi nak dok situ haha mesti lesen terbang punya orang nih" BUSTED!!

Wednesday, July 01, 2009

Biru Kaler Skrin Ku


PC Crash dipagi hari adusss...

Check This out..

There was an error in this gadget