Saturday, September 26, 2009

Raya 2009: Edisi Putus Jari

Kali nih ingatkan xde mercun.. aku nyer stock pon dah abis so xde laa nak bawak balik roper2nyer bebudak nih ade stok haha meh saksikan adegan2 18sg. Amaran jangan cuba wat benda nih kat kampung lain.. nanti pakcik amran marah.. sini xde hal.. hahah


Ijan dengan teknik terbaru bermain mercun di pagi raya ke2

Ijan dengan teknik sentuhan perasap thunder clap

Padil dengan Mancis in the bottle

Teknik berbalas pantun dengan kampung sebelah.



Raya 2009: Edisi Laksa Penang

Second raya back to Parit Butaq, ziarah sedara mara. Along the way leh arr rasa selasa siket cuzz xde nak bayar 2 kali tol hehe kat simpang pulai and jelapang.. straight je.. arr part naik bukit hala changkat jering tuh arrr time nih laa nak uji minyak ron 95. Aku taruk caltex ngan techron.. haram x rase ape.. slow and semput.. kena turun gear 2 baru ade pikap hahah.. haiyoo.. dah turun gear layan corner laa arr best oo.. A long the way speed trap tarak cuma gambo orang wat speed trap je ade.



Wednesday, September 23, 2009

Raya Sneak Peak

Hahah yang best memang gambo nih tapi yang tak best raye nih aku selsema n demam hahahar demm..

Live @ Bukit Merah


Dah masuk 48 jam aku x online, menggeletar gak tangan hahahah.. Nak masuk Aimr Wireless hahah dah ramai lak heheh.. citer pasal rayer onmy next blog. Aku leh kasi intro dulu hahar. Nih pon pakai laptop wife aku hahah kang marah lak dia pinjam lama2 dia pon nak pakai gak update facebook dia heheh.. alrite today will be heading to south, err back to mywife nyer hometown @ Teluk Anson.

Monday, September 21, 2009

Edisi Raya @ Smallville Shah Alam

Pagi raya cam biasa solat sunat aidilfitri @ Masjid Negeri memang ramai 3/4 dari saf lelaki je terdiri dari warga asing hahaha.. bangla,indonesia, inda, arab dan tak lupa gak mat salleh (nih ade yang kawen ngan orang malaysia so tahun nih raya umah bini hahah). Time nih laa aku jumpa schoolmate aku, Dr. Fazrin, Dr. Wan, Dr. Zul, Faisal and Irzal (jiran setaman aku haha selalu jumpa time terawikh kat surau IPK Selangor and since surau pon x siap lagi hish nih kontraktor laa lambat wat keje nak eot jek n payment mau settle cepat hahah). Geng doc akan citer pasal hospital ade yang HKL ade yang HSB laa tuu laa nih laa but still everyone will recalls balik time skol dulu hahah and updates each others.


Lepas solat, beraya dgn family and dengan mertua aku. Mertua aku pon lepas having breakfast kat umah terus gerak ke Teluk Anson. Next will be photo session @ kedai Kodak sec 3 shah alam. Ramai gak family haha and family aku kali nih ade pertambahan ahli baru.. adik ipar aku. The best thing tahun nih yang lelaki jimat cost pakai balik baju melayu time wedding adik aku this year hahaha..


Dah puas bergambor.. raye lak umah adik aku.. layan laksa nih ver(perak + nogori) pedas and ngam hoo... plus rendang tok yang aku dok cari time puasa arini baru dapat.. adik aku ngan mak mertua dia masak pehh. Next mata lak stone layan tido dulu pehhhh feeel oooo lepas layan lemang and ketupat tido lak siap cuaca lak ujan perghhh.. Around 3 gerak to Damansara. Fedral highway line clear.. nih kalo wat rekod Klang KL mau leh cecah 4-5 min hahah.. tapi aku wat sunday drive hahah 60km/j all the way to damansara.. There raye ngan nenek paduka tok aku hahah. Layan lak biryani si Nurul @ my cousin wat.. ahh not to mentioned ade kek demm.. cheese cake and chocolate cake pehhh meleleh.. thanks Nurul walaupun x dan nak jumpa but still ang dah tunaikan janji nak wat kek cekelat time raya hahah.. Shedap woo..


Oh ye.. Congrats to Shazli & Murni on their next new little hero! Dzulfareez got another new cousin.. and this year duit raya pun kena up siket laa haha.. err name Shaz lom taruk lagi tapi aku panggil dia Syawal pasal dia lahir dah dekat nak raya. Raya not ends here but will continue... Tomorrow... a long journey to Parit Buntar.

Sunday, September 20, 2009

Malam Raya @ Shah Alam

Sok raye haha to me cam biasa je but bagi bebudak haa this the time nak letupkan segala mercun yang ada.. Aku pon x terlepas peluang hahah layan gak hahah.. lepak ngan bebudak lorong umah aku layan kepala otak depa main bunga api & mercun.


Thursday, September 17, 2009

Jom Balik Kampung


Since raya dah nak dekat, skolah pon dah mula cuti esok sure ramai yang dah rancang pulang ke kampung halaman. Bila citer pasal balik kampung arrr masa aku kecik² dulu hmm dari KL ke kampung aku kat Perak memakan masa dalam 4-5 jam pernah sekali cecah 8 jam. Melalui jalan² persekutuan dua hala je tuh and sempit. Paling menarik bila kenderaan bersusun menunggu untuk memintas lori haa time tu laa paling best adrenalin bergelegak mana tak nyer kot keluar memintas sekali lori kat depan daa.. haha respek kat pak aku pasal dia da best driver. Selama balik kampung dulu2 kala alhamdulillah selamat sampai.Tapi sekarang dah lain ada higway, nak memintas tak ada masalah cuma tengok belakang jer. dan anda selamat memotong. Teringat kali pertama memandu pulang ke kampung bawak family aku pehhh.. sampai kampung je terbongkang penat hahahah.. excitement balik beraya dengan travel ke tempat lain sangat berbeza. Bila balik beraya arr leh arr nampak kotak songkok kat belakang dengan baju raya tergantung kat seat belakang.

Pulak tuh bile sampai kampung.. topik yang bakal keluar keluar.."weh hang balik tadi jalan jem dak?" mentokar banyak dak ataih jalan? dan mula laa keluar jawapan " uihh mentokar ramai sungguh nak laju pon x bolih ada bawak selow tapi dok lane laju" mahupun " aku singgah r&r tapah penuh aiih melimpah mentokar sampai keluaq. Ada gak rombongan cina ngan hindu kat situ depa nak pi naik cameron kut "

Tapi apa pun kalo nak balik beraya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna walaupun kereta baru sekali. Pastikan tayar simpanan boleh digunakan hah mana tau kut buang pasai nak boh kuih raya x muat bonet hahah. Pastikan bunga tayar cantik kalo boleh tebal, pastikan enjen berfungsi dengan elok. Kalo ada bunyi x besa dengar pi laa repair cepat2. Bila bawak budak pastikan jangan lupa susu dan bekalan makanannya.

Sebelum tinggalkan rumah toksah kelam kabut sangat.. pastikan semua berkunci dan perkakasan elektrik tutup kalo idak senang perompak beraya kat umah hangpa. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju insyallah!.

Wednesday, September 16, 2009

Aku Mercun Dan Kenangan



Subuh tadi dok kelebek2 folder lam pc aku sekali terjumpa video nih. So aku upload ker server untuk tontonan anda semua. Video diambil sekitar bulan november 2005. Apa yang menarik? takda laa menarik sangat cuma rakaman by Rezdrake mercun "air bom @ sadam" yang aku bawak balik telah menggearkan kawasan Taman Setia Jaya Parit Buntar Perak. Kenangan lama mengusik kalbu haha. Laa nih mercun merupakan barang larangan bak kata polis "Jenayah membawa padah". Since raya dah nak dekat aku nak flashback kembali ke zaman kanak² aku. Walaupun mercun bukan sebahagian cara kita menyambut aidilfitri ( laa nih dah sedar dulu x sedar haha) tapi pada ketika itu macam2 jenis mercun yang aku main. Dari pop², moon traveller, das, thunder clap, padi, ketupat, mancis, bola dan bunga api.

Yang nih meriam buluh. Kat kampung je ade kat bandar mana ade. budak2 bandar mana reti buat bende nih haha ntah2 buluh pon tak kenal mana satu huahahah.. Kuat gila kalo setting benda2 nih. Tapi kalo salah setting compem putus mahupun buta hahah. Kekuatan gegaran dan bunyik yang sangat kuat hingga boleh berbalas pantun dengan kampung sebelah laa hahah mau 2 - 3 kilo leh dengar. Nih zaman pak aku layan dulu maklum laa zaman perang.. jepun pon respek orang melayu terer buat bunyi cam meriam hahaha..

Mercun Das 12 & mercun mancis. Haa mercun mancis nih banyak aku ngan ijan@rezdrake & bros letupkan tong sampah besi tok aku and post box tokwan depa hahah lazatt. Mercun das nih disebabkan aku tinggi so aku laa kena pegang batang dia dan letupkan das dia hahah.

Thunder clap & moon traveller. Ade malaun mana ntah layan bende nih time sahur hahah bergema belakang umah aku demm. Next mercun bola yang nih pon kuat gak baling dlm longkang pehh kaw2 mercik. Banyak digunakan untuk menyakat aweks di kampung mahupun anjing2 liar yang berkeliaran haha amek ko hanjing tebabooo..

Mercun gasing,padi,roket, papan,botol dan macam2 lagi. Yang nih biasa je nampak menarik tapi kalo dia salah landing abis muka dan badan.

Nih akibat kalao modified mercun yang ada kalo salah setting jari melayang! Dulu pon aku modiified gak tapi sebelum tuh kena tanya pakar & tau bahan2 yang mana mudah terbakar. Alhamdulillah xde laa jadi cam nih.. setakat mercun mancis & padi letup kat jadi ilek je.. solution cari colgate hahah.. harap pihak kerajaan dan tentera dapat adopt bebudak nih untuk kerjaya diorang menjadi pakar buat bom untuk berkerja dengan tentera mahupun polis haha.

Moral of the story: Main mercun biar berpada² modified haram mercun buruk padahnya!

Check This out..

There was an error in this gadget