Thursday, June 04, 2009

Aku, Gambar Site dan Frame

Ni antara projek terbaru aku kat opis hahah.. frame nih dah ade dekat 2 bulan dan aku ditugaskan untuk menguruskan frame ini. 2 bulan sebelum nih kosong jek.. xde bende langsung.. cam biasa laa nak cari ilham amik masa gak kan plus aku sebok ngan tugas² lain. Dengan penuh rasa kesenian aku pon mengisi ruang² kosong dalam frame ini dengan informasi yang sangat berguna.

Alhamdulillah ramai gak yang tengok.. mungkin pada mereka frame ni dapat membantu meningkatkan lagi produktiviti serta daya saing sesama department di opis ini.

Wednesday, June 03, 2009

Pengaruh Kartun

masa kecik2 dulu, dah nama pun budak memang laa suke tengok kartun.. tahun 80an x yah citer laa banyak kartun2 yang best. Masa keudara kartun tuh pun time sebelum gi main around 430-600 petang. Macam2 ada.. dari ultraman, he-man, voltron, mask, thundercats dan juge kartun yang aku suke dan dah upgrade ke wayang ialah transformers. Ramai dikalangan kanak2 ketika itu kalo boleh mesti ada satu atau dua action figures x kisah laa otobots atau decepticon. Tapi time tuh bende2 memang mahal and kite nih jenis kalo dapat sure kerek ngan member yang xde and member yang xde tuh dengki dan terus amik mainan tuh dan baling sampai pecah hahaha.. Tapi aku hmm xde laa nak merasa dapat beli hahaha.. ayah aku cakap buang duit laa nanti main je laa ape laa dan banyak lagi alasan stendet yang bakal diguna pakai oleh aku untuk anak aku nanti hahahah... senang citer sok dah keje ade duit sendiri arr beli laa.. Now aku pon mula mengumpul action figures transformers hahah..biar laa wife aku nak membebel janji aku puas hati hahah.

Sekarang nih dah dewasa.. still layan kartun hahah astro pon aku subscribe kartun gak.. best oo.. latest skali smalam aku beli merchandise transformers.. arr kali nih petronas yang wat.. slalu shell jek jual ferarri kali nih petronas jual barangan transformers.

Dengan modal 50 hengget aku dapat beli 2 helai t-shirt & topi. Cara nya agak mudah tapi kalo bebetul nak berkira aku tunjukkan caranya... ada 2 option.. 1. Isi minyak RM 30 then bleh beli baju tuh dan topi ngan harga RM 9.90 sahaja atau beli barang2 dalam kedai mesra sampai RM15 then semua barang tuh akan jatuh harge RM9.90 gak haha.. haa pilih mana satu.

Petronas Promo :

Transformers Wiki:

Tuesday, June 02, 2009

Stress Management

Cara-cara menangani stress.

Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.

Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.

Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.

Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.

Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.

Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.

Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.

Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.

Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.

Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya. (T.T Session tuh penting once a week)

Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.

Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.

Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.

Last solution leh guna kit kat bawah nih:

Check This out..