Tuesday, June 07, 2011

Mat Belia laa plak


Aku join lagi konvoi ngan rakan2 EOCM tapi kali nih jadi Mat Belia hahah lame dah aku tak dengar orang panggil Mat Belia.. dulu2 ade laa zaman2 Belia 4B hahah skrg masih ade lagi cuma yang join pon dah tukar nama jadi Mat Rempit hahah.. Enuff of that..

Sempena Sambutan Hari Belia, Kementerian Belia dan Sukan (Menterinye.. Chip Belia laa haha) menganjurkan program Himpunan Sejuta Belia. Hmm Belia nih for your info umor dari 18 tahun hingge 40 tahun... tapi yang paling ramai datang Belia2 yang nama baru nak naik haha. Banyak gak aktiviti yang diadakan.. dari acara pentas, booth sampai laa cup prix arr nih memang ramai belia 4B port sini. Memang banyak setan2 berleluasa maklum laa belia.. darah muda lak tuh.. dari kapel sampai laa amoi yang berjoget sakan pakai hot pants atas pentas huhu.. rosakk rosakk...


Yang aku plak nih join konvoi yang dianjurkan oleh Proton. Kire nak menambah jumlah belia yang ade la.. 40 buah Exora bekonvoi bersama2 rakan2 proton yang lain laa dari v6, proton saga blm(prosboc), proton club(procc), savy(savoc), satria (gti,yosato err ade lagi 1 ntah ape name club dia) , persona dan juge juara club. Konvoi didahului oleh keter2 sukan (panjat bukit kat PICC pon slow hahaha bunyik je lebey) geng motosikal berkuasa tinggi dan juge kenderaan2 proton. Bermula dari PICC berkonvoi ker kawasan utama Sambutan Sejuta Belia nih sambil mencuci mata dan menembak mana patut dan kami terus pulang semula ke COSE Subang.

Trima kasih pada pihak proton, bro2 marshall dengan anak2 gajah (4x4), bro2 kuda putih, elite highway & Kesas kerana sudi menaja, menjaga dan mengawasi konvoi. Pehhh terbaek aa.. elite highway & Kesas dari putrajaya sampai ke Shah Alam ditutup khas untuk konvoi kami merempit hahahah memang terbaekk oooo...

Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat Selangor


Dalam perjalanan aku ke A Famosa Resort Melaka sabtu lepas aku terima satu sms dari rakan EOCM yang memberi maklumat tentang kejadian tanah runtuh kat Hulu Langat. Alhamdulillah ada gak rakan2 EOCM yang pergi memberikan bantuan. Ada juga antara rakan EOCM nih yang sanak sedara nya berada ditempat kejadian.. alhamdulillah dan syukur mereka selamat. Kepada waris diucapkan takziah dan kepada yang mati syahid kita sedekahkan Al-Fatihah.

Untuk ini aku lebarkan maklumat yang aku dapat dari rakan EOCM yang juga bloggers, beliau telah pergi ketempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat dan juga turut memberi sumbangan. Ade gak gambar2 yang dia amik leh tengok kat blog dia.

Leh ushar Blog bro Jimon

Quote dari blog bro Jimon:

Bagi yang ingin melawat, aku sertakan kordinat bagi memudahkan perjalanan

E: 101" 48' 57.5"
N: 3" 8' 12.0"

Jika ada yang sudi menyumbang utk membantu mengurangkan beban dan membangunkan semula rumah anak-anak yatim tersebut, bolehlah salurkan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia melalui nombor akaun Maybank 564137300901. Sila hubungi AJK rumah kebajikan al hikmah di talian: En Azrul 0177113526 atau seorang lagi AJK di talian 0132083747 sebelum / selepas membuat sumbangan ke akaun tersebut. Info: Facebook Tanah Runtuh Sg. Semungkis, Hulu Langat

Terima kasih pada semua petugas dan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa tragedi ini. Takziah diucapkan buat mangsa yang selamat dan Al-Fatihah buat mereka yang meninggal dunia.

Jenjalan: A Famosa Resort Melaka


Another family weekend gateway @ Melaka. Kali ni bersama2 menyertai hari keluarga UPEN JPM hehe wifey nyer plan laa.. Bertempat di A Famosa Resort, kali nih penginapan kami kat Villa@ Rumah Banglo pehh ade kolam renang tuh.



Ok gak dengan biliknyer ade 4 beserta 2 bilik mandi cukup menepatkan 3 keluarga dalam satu rumah. Selain tuh dapat gak merasa masuk water parknyer... nak pegi saje2 isk mau pikir 2-3 kali heheh kalo ade event senang siket ape2 semua diuruskan oleh urusetia. Janji datang amek goodiebags.. melantak kambeng heheh... turut serta dalam acara sukan peh tuh gi layan pool kat Water World tuh pehh puas hati. Abis ngan anak2 sume pon layan je air tuh hahah. Walaupun hanya 2 hari 1 malam.. ape ade hal janji menarik dan terhibur.

Balik pulak.. ikut laluan jalan biasa.. saje tak nak amik highway nak tau gak ape ade dikawasan alor gajah sampai laa ke seremban.. dapat gak lihat permandangan kawasan2 ini. Maklum laa hari ahad mana ade kenderaan sangat so sunday drive laa ape lagi. Dalam pada tuh sempat gak aku singgah kat Cendol terkenal di Negeri Sembilan nih.. Cendol Leman Dawi.. perghh ni baru betul Pak Google Malaysia sikapnya yang peramah serta informasi yang dia keluarkan buat anda rasa nak tambah je cendol tuh.. memang free kalau nak tambah.. murah rezeki Leman nih.


Check This out..