Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat Selangor


Dalam perjalanan aku ke A Famosa Resort Melaka sabtu lepas aku terima satu sms dari rakan EOCM yang memberi maklumat tentang kejadian tanah runtuh kat Hulu Langat. Alhamdulillah ada gak rakan2 EOCM yang pergi memberikan bantuan. Ada juga antara rakan EOCM nih yang sanak sedara nya berada ditempat kejadian.. alhamdulillah dan syukur mereka selamat. Kepada waris diucapkan takziah dan kepada yang mati syahid kita sedekahkan Al-Fatihah.

Untuk ini aku lebarkan maklumat yang aku dapat dari rakan EOCM yang juga bloggers, beliau telah pergi ketempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat dan juga turut memberi sumbangan. Ade gak gambar2 yang dia amik leh tengok kat blog dia.

Leh ushar Blog bro Jimon

Quote dari blog bro Jimon:

Bagi yang ingin melawat, aku sertakan kordinat bagi memudahkan perjalanan

E: 101" 48' 57.5"
N: 3" 8' 12.0"

Jika ada yang sudi menyumbang utk membantu mengurangkan beban dan membangunkan semula rumah anak-anak yatim tersebut, bolehlah salurkan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia melalui nombor akaun Maybank 564137300901. Sila hubungi AJK rumah kebajikan al hikmah di talian: En Azrul 0177113526 atau seorang lagi AJK di talian 0132083747 sebelum / selepas membuat sumbangan ke akaun tersebut. Info: Facebook Tanah Runtuh Sg. Semungkis, Hulu Langat

Terima kasih pada semua petugas dan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa tragedi ini. Takziah diucapkan buat mangsa yang selamat dan Al-Fatihah buat mereka yang meninggal dunia.

No comments:

Check This out..