Friday, October 21, 2011

Tazkirah : Rahsia dan Manfaat Solat 5 Waktu


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanafaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Walaubagaimanapun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? WALLAHU A’LAAMM..

Subuh sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan Kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi,masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Seterusnya warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ....).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti tai-chi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah Subhanahu Wataa’la tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah Subhanahu Wataa’la mewajibkan solat ke atas hambaNYA atas sifat pengasih dan penyayangNYA sebagai pencipta kerana Allah Subhanahu Wataa’la tahu hambaNYA ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga Solatnya... 

Friday, September 23, 2011

Mira Exo @ Kuala Terengganu ep1


Kami ke Kuala Terengganu lagi last long weekend untuk Family Vacation hehe. Cam biase laa ikut trip ECOM lagi anjuran Geng Wilayah Timur. GEER @ Gathering Exorians Eastern Reigon 2011 kali nih bukang saje nok jumpe member² disebelah pantai timur sambil makang kepuk leko malah tujuang ke sini untuk memeriahkan lagi bulan syawal ini dengan beraya bersama anok² yatim dari Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi seramai 28 orang.

Kali nih kami bergerak solo dari Shah Alam ke Kuala Terengganu sehari sebelum kejadian. Bukan aper orang rumah teman nih nak syopping. Jadi sempat ler membeli belah kat Pasar Payang disebelah petangnya. Lagi pun trip ke Kuala Terengganu sebelum nih hanya direct ke KT jerk takde nak pusing mana-mana pun.So check in kat Hotel Grand Continental KT sekitar jam 3 petang.. nasib baik penumpang semua aku dah mengketedarah dah kat Gambang. Yer laa hari Jumaat nih kire cuti hujung minggu kat KT nih.. so tak berani nak baget laa ade kedai makan bukak ke idak.



Petang tuh lepas puas shopping kat Pasar Payang.. perhh dah banyak dah berubah kat KT nih jalan one way laa dan banyak² tempat tumpuan pelancong dinaik taraf ... comey2 belake.. hahah.. Kat Pasar Payang pon dan singgah 2-3 kedai tuu pon pasal nak tutup. Mungking rezeki kami, most of the shop bagi diskaun kaw² hehehe biase le kecek siket alhamdulillah dapat rega borong ade plak tuh nak bagi bisness opportunity lagi kat kami hehe.. tapi baget idok ler menyebelahi kami heheh... kat sini pon beli baju budak2 jerk.. paling menarik baju tidur diperbuat dari kain pelekat dan batik.. kreatif betul cari kat KL xde plak haha sini je ade..


Okeh.. settle semua ape lagi gi jalan² sekitar bandar KT. Hmm keter tak banyok senang siket memandu. Dari Bandar KT ke Pantai Batu Burok, Kuala Ibai and ntah  kemana lagi ehehe.. aku je banyak benti pasal nak amek gambor heheh.. We then decide to had early dinner since aku penat gilos driving heheh.. tapi sebelum tuh wife aku dah riki tanye kawan opis dia mana makan best.. so kawan dia thow out a few shops laa hehe apo laie dah ade GPS tekan aje.. hahah peh tuh ikut je dia arah jalan tuh.. For our dinner kami menyantap kat Selly Seafood.. location senang jerk.. bawah jembatan Kuala Ibai @ Masjid Terapung... pehhh.. teringat kembali kes keracunang kat Penang dulu.. so kali nih lebih berhati². Menarik kat sini ikang yang kami pilih semua dah disiangkan maksudnya ikan semua fresh laa.. ape lagi amek ikan sekor, ketam (aku yang ngidam) udang dan sotong, fames sini celup tepung laa ngan sayur kailan ikang masing, ayor + nasi goreng cine.. pehhh RM 61 jerk walauweii terbaek..




Dah kenyang back to hotel and aku plak nak gi mandikan mira hehe.. kotor laa x bley tengok hahah.. drop off diorang then aku gi basuh kete kat Mok Ngoh Car Wash.. hehe lame gok ngunggu sampai kul 10 lebey baru siap pasal yang basuhnyer se jerk hahah.. sambil tuh dia pasang radio THR kut pehhh layan hindustan... sambil ditiup anging bayu laut cine selatan hahaha.. Siap doh heheh ronde lagi hahah nak tengok night life kat pantai batu buruk.. huh ramai giler fixie.. rempit jalanan pon tak ramai.. Tengah malam baru masuk bilik hahaha.. set jam bangun awal pasal nak amek gambo dikala subuh nanti hehe..


Orite sambung bahagian ke 2 hehe.

Wednesday, September 07, 2011

My Mira Exo Siri 1


Dah lame aku x khabor pasal Mira nih dah banyak mekap aku buat kat dia heheh.. ade ngan tangan sendiri ade ngan tangan lain hehehe... ape pon ce citer ce ceiter..


Nih ler Exoku dalam keadaan kategori stendet jerk. Just stendet accessories.. body kit wish(abis kat RM 700.. antara bodykit yang termurah aku dapat.. haha.. dengar citer kedai tuh dah bungkus) ngan Eyelid custom by Yaxan aku dapat rega kengkawan pasal dia nih dok sec 11 shah alam.. pak mertua aku kenal dia nih hahaha...err lain apo ek emm ade siket tune by Dori's Racing hehe (Throttle Body & Paddle adjustment) walauwei.. ringan oo.. abis kat RM 90 tapi puas hati hahah.. sekarang dengar citer rega dah naik kut eheheh..lain² masih dalam keadaan stendet mendet.


Boring pada tahap gaban asyik dok claim lampu headlamp yang berkabus ngan air.. Ni bukan salah proton tapi salah vendor laa.. ape nyer vendor laa problem tak solve lagi sampai sekarang asyik tukor² jerk. Last solution aku pegi perasapkan lampu nih @ smoked headlamp. Marbeles.. warranty kedai lifetime oo kalo masuk air gi jer kedai tuh balik dia akan betulkan balik. So far xde lagi dah masalah berkabus tuh hehe.. bertambah ayu si mira nih ade laa... Oh ye kedai nih kat pinggiran subang.. cost nyer hanya RM 80 .. antara yang termurah.. kedai lain cam haram harga mencarut... mau untung lebey tapi quality cam haram hahaha.. ade ke mintak sampai RM160 untuk lampu aku nieh haha bakar pakai oven laa pttuiii penipu betul.. hahaha enuff of that.. kalo nak tau leh pm aku hehe..

Ape lagi erk nak bagi cantik.. emm aku terpegun dengan keindahan led kat ICT shah alam.. cam ape ntah statement aku nih.. ok.. sejak dok tengok member2 EOCM dok mekap exo masing² ade yang pasang lampu lari², daylight mahupun lampu fast furious haha.. so aku gi laa jenjalan area kemuning nih maklum laa area kg mana tau kot² ade kedai accessori yang murah.. rega kedai abang dan kedai² adik abang long lain semua mencarut, last² jumpe satu kedai ni.. rega yang hensem bley custome ikut kehendak pelanggan.. ermm apo laie.. update lampu kecik aku ke LED kale putih abis kat depan dan lampu plate blakang.. peh tuh tambah siket lampu LED siap suis ala daylight kat front lip heheh ado laa gayo siket heheh.. cong ceng cong ceng dapat ler RM 80 hahahah.. ok gak ngan rega tuh... peh tuh amek wiper ala estima rega lam RM 55 kut sepasang hmm ok tuhh.. hehehe... dah jadi kedai accessori fav aku nieh heheh...

Oh yer no plate tuh aku tuko gak heheh.. rabak dalam 60 jengget depan blakang heheh.. tapi no nih antara yang terawal aku tukor hehehe.. ok bersambung lagi pada siri yang lain heheh..

Check This out..