Thursday, September 17, 2009

Jom Balik Kampung


Since raya dah nak dekat, skolah pon dah mula cuti esok sure ramai yang dah rancang pulang ke kampung halaman. Bila citer pasal balik kampung arrr masa aku kecik² dulu hmm dari KL ke kampung aku kat Perak memakan masa dalam 4-5 jam pernah sekali cecah 8 jam. Melalui jalan² persekutuan dua hala je tuh and sempit. Paling menarik bila kenderaan bersusun menunggu untuk memintas lori haa time tu laa paling best adrenalin bergelegak mana tak nyer kot keluar memintas sekali lori kat depan daa.. haha respek kat pak aku pasal dia da best driver. Selama balik kampung dulu2 kala alhamdulillah selamat sampai.Tapi sekarang dah lain ada higway, nak memintas tak ada masalah cuma tengok belakang jer. dan anda selamat memotong. Teringat kali pertama memandu pulang ke kampung bawak family aku pehhh.. sampai kampung je terbongkang penat hahahah.. excitement balik beraya dengan travel ke tempat lain sangat berbeza. Bila balik beraya arr leh arr nampak kotak songkok kat belakang dengan baju raya tergantung kat seat belakang.

Pulak tuh bile sampai kampung.. topik yang bakal keluar keluar.."weh hang balik tadi jalan jem dak?" mentokar banyak dak ataih jalan? dan mula laa keluar jawapan " uihh mentokar ramai sungguh nak laju pon x bolih ada bawak selow tapi dok lane laju" mahupun " aku singgah r&r tapah penuh aiih melimpah mentokar sampai keluaq. Ada gak rombongan cina ngan hindu kat situ depa nak pi naik cameron kut "

Tapi apa pun kalo nak balik beraya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna walaupun kereta baru sekali. Pastikan tayar simpanan boleh digunakan hah mana tau kut buang pasai nak boh kuih raya x muat bonet hahah. Pastikan bunga tayar cantik kalo boleh tebal, pastikan enjen berfungsi dengan elok. Kalo ada bunyi x besa dengar pi laa repair cepat2. Bila bawak budak pastikan jangan lupa susu dan bekalan makanannya.

Sebelum tinggalkan rumah toksah kelam kabut sangat.. pastikan semua berkunci dan perkakasan elektrik tutup kalo idak senang perompak beraya kat umah hangpa. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju insyallah!.

2 comments:

Riezal aka Rezdrake said...

balik drive safely.. confirm jem balik ni.. jgn lupa jawab tag dlm blog aku ada tugasan

http://rezdrake.blogspot.com/2009/09/melunaskan-hutang-tag-si-are-shies-adoi.html

Ajonz said...

orite insyallah..

ooo isk aku jarang bawak beg pi opis haha tapi takpa aku cuba terangkan beg doremon aku.

will upload insyallah either tomorrow or on saturday. do catch out during raya arr

Check This out..

There was an error in this gadget