Thursday, November 10, 2011

Payez da Cliff Richard @ Real Kids Concert


Can't imagine that my son can dance very well haha.. nak tergelak aku tengok at his first kinder garden concert. Masa dia bawak balik costume tuh dah terpikir dah si Payez nih kena dancing2 hmm. By the way concert dia was held kat Sekolah Sri Cahaya it's a private school laa pehh.. ok back to the story.. dalam dok sedap aku kutuk anak² member yang lain sorang jadi tarzan and jane laa sorang gelek hindustan laa sekali bila time Payez hahahaha aku plak kena gelak and aku pon nak tergelak besar.. 


expected dia nih kat blah belakang laa heheh sekali amekk kauu... front row lead dancer laie pehh dia punya twist pehh aku pon x bley buat huahahah.. anyway congratulations and harap jangan ler bawak sampai ke besor nanti haha.. 



Well i'm gonna frame his costume with his solo picture! hahah nanti aku hapdet yer. Tahun depan ape plak dia buat ehh.. can't wait to see his perfromance!

Wednesday, November 09, 2011

DIY: Ozzy new side mirror


Dikala rakyat jelata sebok nak balik kampung laa nak beli lemang ketupat laa nak beli lembu kambing dibuat korban, aku plak dengan berbesar hati pegi untuk buat lawatan ke kedai potong. Bukan saje-saje cam dulu nak cari spare parts k-car heheh tapi kali ni tujuan untuk menyunting side mirror seken buat si Ozzy.


Kesian kat Ozzy side mirror blah kiri ditempeleng oleh side mirror BMW siri ke 3 yang dengan megah dan bongkak menyusuri laluan kiri bagi melepaskan diri dari kesesakkan jalan raye. Ye aku paham BMW nih mana leh bawak slow² manje lak tuh.. Tahap kesabaran aku dah cukup tinggi sampai aku tak tahan nak tengok cermin gegar disepanjang laluan.. Apo laie sempena hari yang mulia, aku pon mengushar dulu kat mudah.my.. ade yang jual RM100 hmm gi laa ushar ngan harapan dapat laa dan dekat.. ermm meru tambahan jerk.. 



Tanpa segan silu aku ikut je arahan kat gps yang membawaku truss ke meru, meru tambahan dan akhirnyer dah sampai puncak alam.. haram tak jumpa.. ceh.. at last aku gi ushar kat jalan kapar jer.. tempat jatuh lagi dikenang hahah ye laa dulu lepak sini beli parts untuk janda lama hehe.. Aku menyampaikan hajat pada tokey kedai dan alhamdulillah side mirror ditaman belum diambil orang.. RM 180 harga pengerasnya... malas nak nego lagi pon dah memey murah tuh.. side mirror 5 wayar xde suis hahah.. gi ushar laa kat mudah berape reganyer hehe..


Settle bayor kubawa pulang bertemu jodoh... kasi cuci bersih-bersih sampai berkilat balik chrome tuh.. maklum laa lama belayar dari Jepun ke Malaysia ntah² terlibat dalam tsunami arituh kot haha.. 


Siap sume maka mula lah operasi menggantikan side mirror.. tapi sebelum bukak tuh aku dah study ngan tokey tuh dia tunjuk cam ner nak bukak masa dia bukak dari pintu halfcut hehe. Operasi amik masa dalam 30 jerk.. takda susah mana pon. Cuma perlu spanar 10, skrew driver, tenaga dan pemerhatian.


Nih laa hasilnyer.. sekarang si Ozzy segak bergaya dengan side mirror ori L900 Daihatsu Move hehe.. 


Sunday, November 06, 2011

Salam Aidiladha 1432


Salam Aidiladha buat semua dan harapan pada yang pegi haji, Insyallah akan pulang dengan haji yang mabrur.. Alhamdulillah tahun nih tukar vanue solat aidiladha hahah kali nih kat Surau Khalid Al-Walid IPPK Selangor. Jemaah penuh dan ramai gak jiran-jiran tetangga yang turun.. terasa cam solat kat kampung hehe..

Friday, October 21, 2011

Tazkirah : Rahsia dan Manfaat Solat 5 Waktu


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanafaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Walaubagaimanapun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? WALLAHU A’LAAMM..

Subuh sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan Kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi,masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Seterusnya warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ....).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti tai-chi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah Subhanahu Wataa’la tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah Subhanahu Wataa’la mewajibkan solat ke atas hambaNYA atas sifat pengasih dan penyayangNYA sebagai pencipta kerana Allah Subhanahu Wataa’la tahu hambaNYA ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga Solatnya... 

Friday, September 23, 2011

Mira Exo @ Kuala Terengganu ep1


Kami ke Kuala Terengganu lagi last long weekend untuk Family Vacation hehe. Cam biase laa ikut trip ECOM lagi anjuran Geng Wilayah Timur. GEER @ Gathering Exorians Eastern Reigon 2011 kali nih bukang saje nok jumpe member² disebelah pantai timur sambil makang kepuk leko malah tujuang ke sini untuk memeriahkan lagi bulan syawal ini dengan beraya bersama anok² yatim dari Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi seramai 28 orang.

Kali nih kami bergerak solo dari Shah Alam ke Kuala Terengganu sehari sebelum kejadian. Bukan aper orang rumah teman nih nak syopping. Jadi sempat ler membeli belah kat Pasar Payang disebelah petangnya. Lagi pun trip ke Kuala Terengganu sebelum nih hanya direct ke KT jerk takde nak pusing mana-mana pun.So check in kat Hotel Grand Continental KT sekitar jam 3 petang.. nasib baik penumpang semua aku dah mengketedarah dah kat Gambang. Yer laa hari Jumaat nih kire cuti hujung minggu kat KT nih.. so tak berani nak baget laa ade kedai makan bukak ke idak.



Petang tuh lepas puas shopping kat Pasar Payang.. perhh dah banyak dah berubah kat KT nih jalan one way laa dan banyak² tempat tumpuan pelancong dinaik taraf ... comey2 belake.. hahah.. Kat Pasar Payang pon dan singgah 2-3 kedai tuu pon pasal nak tutup. Mungking rezeki kami, most of the shop bagi diskaun kaw² hehehe biase le kecek siket alhamdulillah dapat rega borong ade plak tuh nak bagi bisness opportunity lagi kat kami hehe.. tapi baget idok ler menyebelahi kami heheh... kat sini pon beli baju budak2 jerk.. paling menarik baju tidur diperbuat dari kain pelekat dan batik.. kreatif betul cari kat KL xde plak haha sini je ade..


Okeh.. settle semua ape lagi gi jalan² sekitar bandar KT. Hmm keter tak banyok senang siket memandu. Dari Bandar KT ke Pantai Batu Burok, Kuala Ibai and ntah  kemana lagi ehehe.. aku je banyak benti pasal nak amek gambor heheh.. We then decide to had early dinner since aku penat gilos driving heheh.. tapi sebelum tuh wife aku dah riki tanye kawan opis dia mana makan best.. so kawan dia thow out a few shops laa hehe apo laie dah ade GPS tekan aje.. hahah peh tuh ikut je dia arah jalan tuh.. For our dinner kami menyantap kat Selly Seafood.. location senang jerk.. bawah jembatan Kuala Ibai @ Masjid Terapung... pehhh.. teringat kembali kes keracunang kat Penang dulu.. so kali nih lebih berhati². Menarik kat sini ikang yang kami pilih semua dah disiangkan maksudnya ikan semua fresh laa.. ape lagi amek ikan sekor, ketam (aku yang ngidam) udang dan sotong, fames sini celup tepung laa ngan sayur kailan ikang masing, ayor + nasi goreng cine.. pehhh RM 61 jerk walauweii terbaek..




Dah kenyang back to hotel and aku plak nak gi mandikan mira hehe.. kotor laa x bley tengok hahah.. drop off diorang then aku gi basuh kete kat Mok Ngoh Car Wash.. hehe lame gok ngunggu sampai kul 10 lebey baru siap pasal yang basuhnyer se jerk hahah.. sambil tuh dia pasang radio THR kut pehhh layan hindustan... sambil ditiup anging bayu laut cine selatan hahaha.. Siap doh heheh ronde lagi hahah nak tengok night life kat pantai batu buruk.. huh ramai giler fixie.. rempit jalanan pon tak ramai.. Tengah malam baru masuk bilik hahaha.. set jam bangun awal pasal nak amek gambo dikala subuh nanti hehe..


Orite sambung bahagian ke 2 hehe.

Wednesday, September 07, 2011

My Mira Exo Siri 1


Dah lame aku x khabor pasal Mira nih dah banyak mekap aku buat kat dia heheh.. ade ngan tangan sendiri ade ngan tangan lain hehehe... ape pon ce citer ce ceiter..


Nih ler Exoku dalam keadaan kategori stendet jerk. Just stendet accessories.. body kit wish(abis kat RM 700.. antara bodykit yang termurah aku dapat.. haha.. dengar citer kedai tuh dah bungkus) ngan Eyelid custom by Yaxan aku dapat rega kengkawan pasal dia nih dok sec 11 shah alam.. pak mertua aku kenal dia nih hahaha...err lain apo ek emm ade siket tune by Dori's Racing hehe (Throttle Body & Paddle adjustment) walauwei.. ringan oo.. abis kat RM 90 tapi puas hati hahah.. sekarang dengar citer rega dah naik kut eheheh..lain² masih dalam keadaan stendet mendet.


Boring pada tahap gaban asyik dok claim lampu headlamp yang berkabus ngan air.. Ni bukan salah proton tapi salah vendor laa.. ape nyer vendor laa problem tak solve lagi sampai sekarang asyik tukor² jerk. Last solution aku pegi perasapkan lampu nih @ smoked headlamp. Marbeles.. warranty kedai lifetime oo kalo masuk air gi jer kedai tuh balik dia akan betulkan balik. So far xde lagi dah masalah berkabus tuh hehe.. bertambah ayu si mira nih ade laa... Oh ye kedai nih kat pinggiran subang.. cost nyer hanya RM 80 .. antara yang termurah.. kedai lain cam haram harga mencarut... mau untung lebey tapi quality cam haram hahaha.. ade ke mintak sampai RM160 untuk lampu aku nieh haha bakar pakai oven laa pttuiii penipu betul.. hahaha enuff of that.. kalo nak tau leh pm aku hehe..

Ape lagi erk nak bagi cantik.. emm aku terpegun dengan keindahan led kat ICT shah alam.. cam ape ntah statement aku nih.. ok.. sejak dok tengok member2 EOCM dok mekap exo masing² ade yang pasang lampu lari², daylight mahupun lampu fast furious haha.. so aku gi laa jenjalan area kemuning nih maklum laa area kg mana tau kot² ade kedai accessori yang murah.. rega kedai abang dan kedai² adik abang long lain semua mencarut, last² jumpe satu kedai ni.. rega yang hensem bley custome ikut kehendak pelanggan.. ermm apo laie.. update lampu kecik aku ke LED kale putih abis kat depan dan lampu plate blakang.. peh tuh tambah siket lampu LED siap suis ala daylight kat front lip heheh ado laa gayo siket heheh.. cong ceng cong ceng dapat ler RM 80 hahahah.. ok gak ngan rega tuh... peh tuh amek wiper ala estima rega lam RM 55 kut sepasang hmm ok tuhh.. hehehe... dah jadi kedai accessori fav aku nieh heheh...

Oh yer no plate tuh aku tuko gak heheh.. rabak dalam 60 jengget depan blakang heheh.. tapi no nih antara yang terawal aku tukor hehehe.. ok bersambung lagi pada siri yang lain heheh..

Monday, September 05, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Tuesday, August 09, 2011

Payez The Real Kids

Oh yer, si Payez nih awal tahun nih dah kitaorang anto gi skol (Real Kids). Umur masa tuh baru 3 tahun lebih kire kalo ikut tahun pelajaran dia 4 tahun laa.. tapi how do u xpect a 4 years old kiddos to listen to a teacher, playing around with friends and even dah pandai kancing baju? At the early week tanya pebende pon dia x berani nak jawab.. tapi after a few months pehhh macam2 dahh.. dari swimming yang x layan pool kanank2 nak jer layan pool dewasa sampai laa ke bacaan doa penerang hati dan alif bata ta sampai laa abis.. alhamdulillah..

terbaru.. hmm terkejut gak aku.. dulu aku masa tadika umo pon dah masuk 5-6 tahun baru reti nak tulis2 tapi si Meor Dzulfareez nih alhamdulillah.. check out jelaa gambor2 nih.




hmm alhamdulilah syukur, berbaloi gak duit yang aku belanjakan untuk edukesyen payez. Sekarang nih communication dalam English pon dia dah terrer.. tuu lom lagi Mandrin hmm kena laa papa dia advance siket senang nak communicate. Sejak Papa and Momma dia belikan Galaxy Tab bagi dia main hmm tak yah citer laa sume game dia discover sendiri kadang2 ade application ABC pon dia main sampai tahap boring jenuh papa dia nak download new application and games untuk dia main hahah.. jauh betul jurang teknologi.. dulu aku pakai buku jerk skrg teknologi dah maju.. cuma kalo kena dengan gayanya bley arr kanak2 nih develop minda diorang dengan cepat. Hmm nanti kalo sempat aku record dia baca doa penerang hati tuh haha.. aku pon masuk skolah agama baru belajar hehehe..


Friday, August 05, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Masih sempat lagi aku nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa rite? dan banyakkan laa buat amal serta ibadat dalam bulan yang mulia ini. Harapan pada Ramadhan kali nih mungkin yang terakhir yer laa mana tau next year dah padam.. so Ramadhan kali nih gunakkan dengan sepuas2nya.. kumpul pahala kaw2, selain jaga puasa zakat dan tarawikh, banyakkan berdoa, buat amal jariah and jangan luper settlekan salah silap ngan sesape yang kita dah wat salah. Tak payah nak tunggu rayer baru nak mintak maap eheheh.. bukannyer dapat duit raya pon hahaha.. Any way selamat berpuasa kepada rakan2, maaf zahir batin!

oh yer jangan lupe bayor zakat fitrah sebelum solat raye heeehh ala baru RM7 jerk.. takkan beli juadah berbuka berabih puluh2 jengget bayor zakat fitrah pon x leh..heheh :)

Pwincess Mai Dzarin Syazalia's 1st Syomelicious Marbeles Buvday



An old posting heheh been bz lately.. dok bukak je bende nih tapi tak dan nak type pon. By the way alhamdulillah Mai Dzarin Syazalia truns 1 last week which falls on 30th July 2011. So cam biase laa papa and mama dia sebok dok prepare buvday for our little syomelicious pwincess nih.. kena plak gaji dah masuk pehh omak dia apo laie macam2 nak beli hahaha.. maklum laa anak pompuan heeh tapi yang digosok card papa dia gak.. x kesah laa untuk anak kan? erk aiyark hujun blan no duit raya laa close house hahahahar.. :P


Cam biase kek renbow.. takkan abang jer dapat adik pon nak gak baru laa adil

Nih ekceli jv skali ngan besday opah and mak u Ein, so Ein laa wakil heheh..

Oh ye abang dia si Payez pon alhamdulillah turns 4 last 2 months hehe sambut buvday dia kat skool dia hehe makan cake ngan kawan2 skolah dia hahah.. hmm this time around abang dia pon joins skali walaupon dia tau adik dia punya majlis dia pon nak gak hahah budak2 laa katakan yang penting alhamdulillah mereka sume dah membesar hehe.. anyway enjoy ler the picas.

Besday Gals :)

Tuesday, June 07, 2011

Mat Belia laa plak


Aku join lagi konvoi ngan rakan2 EOCM tapi kali nih jadi Mat Belia hahah lame dah aku tak dengar orang panggil Mat Belia.. dulu2 ade laa zaman2 Belia 4B hahah skrg masih ade lagi cuma yang join pon dah tukar nama jadi Mat Rempit hahah.. Enuff of that..

Sempena Sambutan Hari Belia, Kementerian Belia dan Sukan (Menterinye.. Chip Belia laa haha) menganjurkan program Himpunan Sejuta Belia. Hmm Belia nih for your info umor dari 18 tahun hingge 40 tahun... tapi yang paling ramai datang Belia2 yang nama baru nak naik haha. Banyak gak aktiviti yang diadakan.. dari acara pentas, booth sampai laa cup prix arr nih memang ramai belia 4B port sini. Memang banyak setan2 berleluasa maklum laa belia.. darah muda lak tuh.. dari kapel sampai laa amoi yang berjoget sakan pakai hot pants atas pentas huhu.. rosakk rosakk...


Yang aku plak nih join konvoi yang dianjurkan oleh Proton. Kire nak menambah jumlah belia yang ade la.. 40 buah Exora bekonvoi bersama2 rakan2 proton yang lain laa dari v6, proton saga blm(prosboc), proton club(procc), savy(savoc), satria (gti,yosato err ade lagi 1 ntah ape name club dia) , persona dan juge juara club. Konvoi didahului oleh keter2 sukan (panjat bukit kat PICC pon slow hahaha bunyik je lebey) geng motosikal berkuasa tinggi dan juge kenderaan2 proton. Bermula dari PICC berkonvoi ker kawasan utama Sambutan Sejuta Belia nih sambil mencuci mata dan menembak mana patut dan kami terus pulang semula ke COSE Subang.

Trima kasih pada pihak proton, bro2 marshall dengan anak2 gajah (4x4), bro2 kuda putih, elite highway & Kesas kerana sudi menaja, menjaga dan mengawasi konvoi. Pehhh terbaek aa.. elite highway & Kesas dari putrajaya sampai ke Shah Alam ditutup khas untuk konvoi kami merempit hahahah memang terbaekk oooo...

Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat Selangor


Dalam perjalanan aku ke A Famosa Resort Melaka sabtu lepas aku terima satu sms dari rakan EOCM yang memberi maklumat tentang kejadian tanah runtuh kat Hulu Langat. Alhamdulillah ada gak rakan2 EOCM yang pergi memberikan bantuan. Ada juga antara rakan EOCM nih yang sanak sedara nya berada ditempat kejadian.. alhamdulillah dan syukur mereka selamat. Kepada waris diucapkan takziah dan kepada yang mati syahid kita sedekahkan Al-Fatihah.

Untuk ini aku lebarkan maklumat yang aku dapat dari rakan EOCM yang juga bloggers, beliau telah pergi ketempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat dan juga turut memberi sumbangan. Ade gak gambar2 yang dia amik leh tengok kat blog dia.

Leh ushar Blog bro Jimon

Quote dari blog bro Jimon:

Bagi yang ingin melawat, aku sertakan kordinat bagi memudahkan perjalanan

E: 101" 48' 57.5"
N: 3" 8' 12.0"

Jika ada yang sudi menyumbang utk membantu mengurangkan beban dan membangunkan semula rumah anak-anak yatim tersebut, bolehlah salurkan sumbangan kepada Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia melalui nombor akaun Maybank 564137300901. Sila hubungi AJK rumah kebajikan al hikmah di talian: En Azrul 0177113526 atau seorang lagi AJK di talian 0132083747 sebelum / selepas membuat sumbangan ke akaun tersebut. Info: Facebook Tanah Runtuh Sg. Semungkis, Hulu Langat

Terima kasih pada semua petugas dan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa tragedi ini. Takziah diucapkan buat mangsa yang selamat dan Al-Fatihah buat mereka yang meninggal dunia.

Jenjalan: A Famosa Resort Melaka


Another family weekend gateway @ Melaka. Kali ni bersama2 menyertai hari keluarga UPEN JPM hehe wifey nyer plan laa.. Bertempat di A Famosa Resort, kali nih penginapan kami kat Villa@ Rumah Banglo pehh ade kolam renang tuh.



Ok gak dengan biliknyer ade 4 beserta 2 bilik mandi cukup menepatkan 3 keluarga dalam satu rumah. Selain tuh dapat gak merasa masuk water parknyer... nak pegi saje2 isk mau pikir 2-3 kali heheh kalo ade event senang siket ape2 semua diuruskan oleh urusetia. Janji datang amek goodiebags.. melantak kambeng heheh... turut serta dalam acara sukan peh tuh gi layan pool kat Water World tuh pehh puas hati. Abis ngan anak2 sume pon layan je air tuh hahah. Walaupun hanya 2 hari 1 malam.. ape ade hal janji menarik dan terhibur.

Balik pulak.. ikut laluan jalan biasa.. saje tak nak amik highway nak tau gak ape ade dikawasan alor gajah sampai laa ke seremban.. dapat gak lihat permandangan kawasan2 ini. Maklum laa hari ahad mana ade kenderaan sangat so sunday drive laa ape lagi. Dalam pada tuh sempat gak aku singgah kat Cendol terkenal di Negeri Sembilan nih.. Cendol Leman Dawi.. perghh ni baru betul Pak Google Malaysia sikapnya yang peramah serta informasi yang dia keluarkan buat anda rasa nak tambah je cendol tuh.. memang free kalau nak tambah.. murah rezeki Leman nih.


Check This out..